HUNAN: Lima sekeluarga maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di sebuah jalan raya di China.Dalam kejadian pada 11.00 pagi 2 Oktober lalu, keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta empat anak mereka dirakam kamera CCTV sedang berjalan di laluan pejalan kaki.
Ini Mercedes-Benz Yang Akan Dipandu Bruce Wayne Dalam ‘Justice League’ Nanti
Di pagi hari, Bruce Wayne tidak akan memandu Batmobile miliknya. Beliau memerlukan kereta biasa tetapi unik untuk urusan harian. Pihak Mercedes-Benz menyediakan Bruce Wayne satu kereta yang sangat unik; AMG Vision Gran Turismo Concept khas untuk Justice League.
Bata Hasilkan Kembali Model Kasut Yang Pernah Dipakai Kurt Cobain
Kedai serbaneka di Midvalley terbakar
KUALA LUMPUR: Sebuah kedai serbaneka di pusat beli belah Midvalley musnah dalam kebakaran malam ini. Api merebak di kedai terbabit di tingkat bawah pusat beliu belah itu jam 7.10 malam menyebabkan asap tebal dalam bangunan memaksa pihak berkuasa mengarahkan orang ramai keluar.
Keadaan Sadis Apartment Sempit Di Hong Kong
Bukan sahaja di Malaysia, sewa rumah di Hong Kong amatlah mahal sehingga golongan kurang berkemampuan terpaksa menyewa "apartment mini" sebesar 40 meter persegi. Di sinilah mereka berehat selepas bekerja sepanjang hari. Amat menyedihkan kerana ruang yang terhad, dan tandas terpaksa digunakan sebagai dapur memasak. Di bawah ialah siri gambar yang diambil oleh Benny Lam yang menunjukkan pemandangan di dalam bilik kecil dari pandangan penghuninya.
'Boleh masuk rekod Guiness World Records'
Putrajaya: Menteri Di Jabatan Menteri Datuk Paul Low mengucapkan tahniah di atas kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas kejayaan membongkar kes rasuah membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion di Sabah.
SEOULLO 7017 : TAMAN TERGANTUNG DI SEOUL YANG DIUBAHSUAI DARI SEBUAH LEBUHRAYA BERTINGKAT
Pahang Siasat Penganugerahan Gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang Boy Iman
PEKAN 5 Okt. – Kerajaan negeri sedang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman yang menjadi pertikaian terutama di media sosial ketika ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya kini membuat semakan sama ada penama berikut menerima atau tidak penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.
“Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.
“Jika benar gelaran tersebut diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman.
Beliau ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di sini hari ini.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.
Sumber: UtusanOnline
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)