Bila putus cinta apa nak buat???


Bila putus cinta apa nak buat??? terdetik plak aku nak tulis benda ni..aku ke putus cinta? semestinya tidak....terdetiknya aku nak post pasal cinta2 ni lepas baru2 ni ada kes cubaan nak bunuh diri kat KB mall, Kota Bharu. Sungguh memalukan.. Sebagai orang yang masih waras haruslah fikir dengan waras kalau tak orang pnggil orang kuarng waras.. Cikgu aku penah cakap.. "kalau orang nak bunuh diri tu, jangan panggil orang gila, sebab kalau orang gila suka bogel, so orang yang buat video lucah a.k.a sex tu la gila sebab dia suka bogel" LOL..haha.. Kajian yang penah dibuat mendapati (ayat skema skit) umur antara 15 - 28 tahun paling cenderung nak bunuh diri sebab "cinta". so aku pun try la Google tengok pe ubat putus cinta yang terbaik.. sebab aku nak tulis sendiri pun xpandai.. Bila dah baca2 ni kot yang terbaik aku nak kongsi pasal putus cinta ni.. kredit to "onetasha.com"




Putus cinta?

Sakitkan bila putus cinta. Sakitkan bila kecewa. Kenapa perasaan ini terjadi? kenapa kebanyakan dari kes putus cinta cuma sebelah pihak sahaja yang bersedih/ kecewa? Perlukah kita bersedih/berkabung atas kehilangannya?



Bila putus cinta kita akan rasa sakitnya sebab kita terlalu taksub dengan cinta itu. Bagi kita dialah hidup dan mati kita. sehingga kita lupa pada perkara ini yang kita lafazkan 5 x sehari.


"Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku & mati ku serahkan hanya kepada Allah seru sekian alam"
Kita sedih sebab rasa dilupakan, tapi untuk ubat hati kita pernah tak kita tanya berapa kerap kita lupa pada Pencipta kita? Kita mengharap keksih kita sms @ call kita berkali2 sehari, tetapi kita lupa untuk 'mengadap' Pencipta kita walaupun cuma 5 kali sehari. Kita sedih bila kekasih kita mungkir janji, tapi sedar tak kita bahawa kita sendiri telah lupakan janji kita pada Pencipta yang kita akan menyembahnya 5 kali sehari. Kita sedih bila kekasih kita mengkhianati kita tapi kita tidak sedar yang kita sedang mengkhianati diri kita sendiri dengan meletakkan dirinya lagi penting dari diri kita sendiri.

Kenapa bila putus cinta, kebanyakannya cuma sebelah pihak sahaja yang bersedih/kecewa?



  • Ini berlaku bila kasih sayang yang kita curahkan tidak seimbang dgn yang kita terima. Bagi kita dialah segala2nya, sedangkan bagi dia kita bukanlah segala2nya. 
  • Bila kasih yang terpaut itu ada agendanya yang tersendiri.Dia mendampingi kita atas tujuan dan perancangan sesuatu.
  • Bila sebelum perpisahan itu terjadi dia terlebih dahulu menemukan rawatan untuk hatinya contoh: kekasih baru / aktiviti baru yang boleh menyibukkan dia / apa2 sahaja yang boleh membuatkan dia hilang tumpuan kepada perpisahan.
Perlukah bersedih/berkabung bila kecewa dan putus cinta?

  • Bersedih itu satu naluri. Kalau tidak boleh bersedih maka Alalh tidak akan menganugerahkan kita dgn naluri dan airmata, cuma berpada-padalah dalam kesedihan.
  • Menangis bukan kerana perpisahan, tetapi sedarilah setiap kebodohan (perkara yang sia-sia) yang telah kita lakukan sepanjang perhubungan itu.
  • Bersedih bukan kerana menyesali perkenalan yang sementara itu, tapi bersedihlah kerana kita tidak cukup mengenali sidia sebelum kita mencurahkan segala2nya pada sidia.
  • Bersedihlah kerana kita telah banyak mengabaikan diri kita sendiri dgn meletakkan sidia sebagai keutamaan kita
  • Bersedihlah kerana kita sangat mempercayai janji2 sidia dan kita lupa janji Pencipta bahawa

"Mati itu BENAR, Syurga itu BENAR, Neraka itu BENAR, KIAMAt itu benar"

  • Bersedihlah kerana kita tak boleh melupakan dia, tapi dgn senang kita melupakan pencipta kita
  • Bersedihlah bukan kerana sidia tidak memilih kita untuk mendampinginya, tetapi bersedihlah bila Pencipta tidak memilih kita untuk menjadi kekasihnya
  • bersedih lah bukan kerana kita tadak dapat melihatnya lagi, tapi bersedihlah bila kita tidak punya banyak waktu untuk diabdikan buat pencipta
    Bila kita menyintai kekadang kita lupa hakikat sesebuah perhubungan. Setiap yang bertemu pasti akan ada perpisahannya, cuma masa dan keadaan yang menentukan bila dan dimana. Bertuahlah jika ditakdirkan bersama hingga ke nafas2 terakhir, tetapi andai ditakdirkan ianya separuh jalan, redhalah dengan ketentuan ini, kerana yang pastinya Allah ada rancangan yang lebih baik buat kamu, dan terimalah hakikat bahawa dia bukan yang terbaik antar yang terbaik.

    Source: 
    "onetasha.com"

    Share this:

     
    Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes