Hati-hati Nenek Penipu!

Ni la nenek tu..

Gambar ini diambil pada 16 September 2011  iaitu pada hari Malaysia sekitar pukul 5-6 petang di Monorail Imbi. Kelibat nenek ini jika dilihat sekali imbas, tidak ada yang menarik, cuma kerap berada di kawasan tersebut. Pada mulanya nenek ini nampak seperti biasa, seperti menunggu orang ditangga monorail tersebut. Tetapi apabila diperhatikan, nenek durjana ini akan menahan orang yang lalu lalang ditangga laluan Monorail Imbi - LRT Hang Tuah dan menaburkan penipuan untuk mendapat duit dengan mudah. Kebiasaannya nenek ini akan menahan "couple" mungkin lebih mudah mendapat ganjaran daripada pasangan bercinta. Dalam tempoh 45 minit memerhatikan nenek tersebut, boleh dikatakan dalam tempoh seminit purata "pendapatan" nenek tersebut boleh mencecah RM 5. Kalau kerja kat Mc D pun hanya dapat RM3.50~RM 4 sejam! Cuba tuan2 bayangkan berapa pendatan nenek tersebut jika 45 minit! mungkin lebih jika satu hari nenek itu "bekerja" dalam tempoh 4 jam!


Mangsa memberi duit kepada nenek @ nenek sedang mengepau!

Jom Tuan-tuan.. kita buat kira2!

4jam = 240 minit
240 minit x RM 5 = RM 1200

Kadar ni aku buat berdasarkan pemerhatian aku.. ada dikalangan "pemberi" memberi dalam linkungan RM2, RM5, RM 10 dan RM 50!

Hati2! Mungkin anda mangsa seterusnya....

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes