Jurutera mendakwa bercakap dengan roh anaknya


Seorang jurutera elektrik percaya beliau telah menemui satu cara untuk berkomunikasi dengan anak perempuan yang telah meninggal lapan tahun lepas. Dengan menggunakan kepakaran yang ada, beliau mereka bentuk dan membina satu alat pengesanan elektromagnet. Gary Galka mendakwa telah berkomunikasi dengan mendiang anak perempuan sulungnya dan perkataan pertama yang disebut Melissa, 'Hi Dad, I love you.' Melissa Galka meninggal dunia pada September 2004 pada usia 17 tahun akibat terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Melissa Galka

Pertama kali beliau menyedari kehadiran roh anaknya semasa makan tengah hari bersama isterinya, Cindy dan 2 lagi anaknya, Jennifer dan Heather. Roh anaknya mula melakukan perkara-perkara seperti menderingkan loceng pintu, menukar saluran TV, membuka lampu di dalam dan di luar. Kadang2 beliau dapat rasakan anaknya duduk dibelahnya dan menbaringkan kepala di bahunya.

Gary Galka

Dengan menggunakan pengetahuan sistem sensor elektromagnet, Gary menciptakan Mel-Meter 8704, dinamaka sempena nama anak perempuannya, tahun anaknya dilahirkan dan tahun anaknya meninggal dunia.
Keluarga Galka menegaskan bahawa pengalaman ini adalah benar dan alat yang dicipta Gary berfungsi untuk membuktikan kebenaran cerita mereka. Keseluruhan keluarga mengatakan bahawa mereka telah mula bersentuhan dengan Melissa, walaupun melihat beliau muncul di dalam rumah mereka.
'Saya tidak pernah melihat Melissa,' kata Gary. 'Tetapi Heather anak perempuan saya telah melihat tiga kali.' Malah, peralatan pengesanan hantu Gary telah menemui pasaran khusus dan peranti yang berharga antara $ 79 dan $ 350.
Kereta yang dipandu Melissa, 2004

Mel-meter 8704

Gary mahu produk yang dihasilkan beliau akan digunakan untuk membantu keluarga lainmengubat kesedihan  apabila kehilangan seseorang yang disayangi dan bagi aku semua tu syaitan. Fullstop. haha



# http://www.dailymail.co.uk/


Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes