Kes Berprofil Tinggi Mona Fendi Part 10


Kita sambung lagi keterangan Dr Abdul rahman yang disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam.

ZAKARIA: Hasil daripada pemeriksaan, apakah kesimpulan atau sebab kematian?

DR RAHMAN: Hasil daripada pemeriksaan menunjukkan lelaki ini adalah dalam keadaan sihat dan tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan dia mengalami penyakit ataupun perubahan patalogi yang boleh menyebabkan kematiannya. Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa jasad itu telah dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian, termasuk lima bahagian ketulan daging. Luka hiris pada bahagian leher adalah luka utama menyebabkan kematian dengan terputusnya struktur-struktur leher. Ini juga dikenali dengan istilah `decapitation of head'. Berdasarkan kepada bentuk kecederaan di mana tidak ada luka tangkisan (defensive wound). Luka di bahagian leher adalah luka hiris atau satu tetakan menggunakan senjata yang tajam dan berat. Dan luka ini menyebabkan kematian yang serta-merta, iaitu terhentinya sistem denyutan jantung atau pernafasan, terputusnya saluran saraf tunjang dan terputus saluran-saluran darah utama yang menyebabkan pendarahan. Dengan ini saya mengesahkan bahawa kematian dalam kes ini adalah disebabkan "decapitation of head due to sharp and cutting heavy weapon". (terputusnya kepala disebabkan tetakan senjata tajam dan berat).


ZAKARIA: Ada lima ketulan daging, adalah ia tercerai cara semula jadi?


DR RAHMAN: Bukan sebab semula jadi tetapi diceraikan.

HAKIM: Bagaimana diceraikan?

DR RAHMAN: Paha dipotong terlebih dahulu dan dipisahkan daripada tulang.

HAKIM: Dengan senjata?

ZAKARIA: Boleh doktor jelaskan kedudukan jasad ketika leher terputus, dipancung?

DR RAHMAN: Kalau menurut bentuk kecederaan sebagaimana yang saya sebut tadi, saya tidak lihat luka tangkis atau defensive wound. Luka yang menyebabkan kematian ada pada leher. Tetakan ini adalah bersesuaian dengan tetakan daripada hadapan ke belakang di mana tetakan ini menyebabkan tulang dari depan ke bekalang dipotong, dalam keadaan melentang bukan terbaring atau tertunduk.

ZAKARIA: Boleh doktor beritahu mahkamah jangka waktu kematian?

DR RAHMAN: Ya. Masa kematian yang pasti tidak mungkin. Anggaran masa berdasarkan kepada keadaan mayat dan perubahan selepas kematian. Sebagaimana anggaran ini, mayat ini mati lebih daripada dua minggu tapi tidak melebihi empat minggu (iaitu ketika ditemui pada 22 Julai 1993). 

Ada orang tanya ketika dibunuh bagaimana keadaan Datuk Mazlan - dia sedar atau tidak. Berdasarkan bedah siasat Datuk Mazlan idris dipercayai tidak melawan ketika kepalanya dipancung. Dr Abdul Rahman membuat andaian itu berdasarkan ketiadaan luka tangkis pada jasad Mohd Mazlan selepas pemeriksaan dan bedah siasat.

"Jika mengikut bentuk kecederaannya, saya tidak lihat luka tangkis. Saya juga dapati tiada kesan tumbukan atau tikaman pada jasad itu. Berdasarkan pemeriksaan juga, saya percaya tidak berlaku pergaduhan sebelum kepalanya dipisahkan daripada leher," katanya. 

Dia juga percaya Mohd Mazlan masih hidup dan berada dalam kedudukan menelentang dengan mukanya ke atas ketika dipancung. Dr Abdul Rahman memberitahu mahkamah bahawa Mohd Mazlan tidak mungkin berdiri atau membongkok ketika kematiannya. Selain itu, katanya, luka yang menyebabkan kematian adalah 
pada leher. Menurutnya, tetakan itu adalah bersesuaian daripada hadapan ke belakang menyebabkan tulang dari dagu ke belakang dipotong. Katanya, adalah jelas bahawa kepala itu terputus keseluruhannya dengan tiga kesan tetakan pada paras tulang belakang leher.

"Keadaan potongan itu adalah potongan bersih dan licin merintangi bahagian hadapan terus ke belakang," katanya.

To be continue..

* hasil nukilan di atas telah diedit dengan selera sendiri (copy > edit > paste) dari http://www.cakap.net, hasil tulisan WebZone-_-Attack. Harap halal la.. lalalala.. tq~



Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes