Kes Berprofil Tinggi Mona Fendi Part 13


Sambungan lagi keterangan Mohd Juraimi Husin ketika membela diri pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Dalam keterangannya, tertuduh pertama ini memberitahu dia tidak berniat membunuh Datuk Mazlan Idris. Tapi kenapa dia bunuh juga. Peguambela Juraimi, Karam Singh Bahl ketika menyoal Juraimi ingin tahu apa yang berlaku seminggu selepas pembunuhaan Datuk Mazlan.

JURAIMI: Sepupu Datuk Mazlan datang ke rumah itu (tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub)?

KARAM: Apa dia buat?

JURAIMI: Dia (sepupu Mazlan) ada cakap dengan saya dan bertanya adakah Datuk datang ke situ?

KARAM: Tahu siapa nama sepupu Datuk Mazlan itu?

JURAIMI: Namanya tidak tahu.

KARAM: Bagaimana Juraimi tahu dia sepupu Datuk Mazlan?

JURAIMI: Dia yang perkenalkan dirinya.

KARAM: Apa Juraimi cakap pada dia?


JURAIMI: Saya jawab: Biasanya Datuk datang seminggu sekali tapi dah dua minggu dia tak datang.

KARAM: Dia datang sebelah pagi atau petang?


JURAIMI: Pagi.

KARAM: Sebelah petang apa jadi?

JURAIMI: Petang itu, selepas sepupu Datuk balik, saya terus ambil kapak dan parang dan tanam.

KARAM: Masa itu Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman) dan Mona (Maznah Ismail atau Mona Fandey) ada?

JURAIMI: Tiada, mereka ke Kuala Lumpur.

KARAM: Ada Affandi dan Mona balik ke rumah di Kampung Peruas?

JURAIMI: Ada pada 7 atau 8 hari bulan (Julai 1993).

KARAM: Adakah itu kali pertama mereka pulang ke rumah selepas kejadian itu?

JURAIMI: Ya.

KARAM: Mereka datang seorang atau ada orang lain?

JURAIMI: Seorang itu Tengku Yahya (Abdullah, abang tiri Mona), seorang Cina (pemandu limosin, Tan Teck Seng) dan anak mereka (Mazdiana Affendy). Mereka kemudian masuk dalam rumah.

KARAM: Apa berlaku dalam rumah?

JURAIMI: Affandi terus masuk dalam bilik dia. Mona kemudian panggil saya dan kenalkan dengan Tengku Yahya. Selepas itu, Mona panggil saya ke belakang dan bagi duit. Mula-mula dia beri RM1,000. Kemudian Mona tanya: "Ada orang datang ke?" Saya jawab: "Ada sepupu Datuk Mazlan." Selepas itu, Mona tanya: "Kau jawab apa?" Saya jawab: "Saya tak tahu dan kata mereka pergi KL." Selepas itu Mona tanya: "Mana kapak, parang dan pistol." Saya jawab: "Saya dah tanam." Kemudian Affandi keluar dari bilik dia dan bertanya kepada saya: "Berapa ibu (Mona) kasi (beri) duit berapa?" Selepas itu Affandi berkata kepada Mona: "Yang (Sayang, panggilan mesra Mona) beri lagi RM500." Selepas itu Mona kata: "RM500 untuk makan dan RM1,000 untuk beri makan itik."

KARAM: Adakah mereka tinggal di rumah itu pada hari itu?

JURAIMI: Mereka terus balik pada tengah hari itu.

KARAM: Kesemua lima orang?

JURAIMI: Semua lima orang.

KARAM: Juraimi tinggal seorang?

JURAIMI: Betul. Sebelum pergi Affandi ada kata pada saya. Dia kata: "Bapak nak ke KL. Bapak nak uruskan hand phone. Seminggu lagi bapak balik."

KARAM: Juraimi ada keluar rumah ketika tinggal seorang diri?

JURAIMI: Pada 12 hari bulan (12 Julai 1993), ketika saya keluar untuk beli makanan burung, saya bertemu sepupu Datuk Mazlan. Dia tanya: "Affandi dah balik?" Saya jawab: "Belum." Sepupu Datuk Mazlan kemudian berkata lagi: "Saya ada jumpa bomoh di Kuantan. Dia (bomoh) kata Datuk ada bersama Affandi. "Saya hendak jumpa Affandi untuk tengok di mana Datuk berada. Saya nak report (buat laporan) polis, nanti buat awak susah saja." Selepas itu saya jawab: "Nak report, reportlah, saya tak kisah." Kemudian sepupu Datuk Mazlan kata: "Saya bagi tempoh, kalau Khamis atau Jumaat, Datuk tak balik, saya terpaksa report." Saya terus ke kedai itu. Selepas itu saya mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur pada hari itu juga.

KARAM: Ada Juraimi ke Kuala Lumpur?

JURAIMI: Ada, saya hendak cari Affandi di KL (Kuala Lumpur). Saya ke KL lebih kurang jam 3 petang pada 12 Julai 1993. Saya cari Affandi sampai jam 11 malam, tapi tak jumpa.

KARAM: Di mana cari Affandi?

JURAIMI: Di kawasan KL. Selepas 11 malam saya ke hotel...hotel apa. (berfikir) Tin Mine Hotel Hilton. Saya ke situ sebab kalau sebelah malam, Affandi biasanya ke situ. Pada 11 malam tak ada, saya ke Klang dan tidur di rumah kawan.

KARAM: Pada esoknya (13 Julai 1993), apa jadi?

JURAIMI: Pada esoknya, saya balik ke Raub direct (terus ke Raub). Apabila saya balik ke rumah, saya tengok ada orang di rumah dalam satu kereta.

KARAM: Ada berapa orang dalam kereta itu?

JURAIMI: Tiga orang. Saya masuk saja, sepupu Datuk Mazlan pun bertanya: "Mana Datuk?" Saya jawab: "Tak tahu, saya baru balik cari Affandi di KL."

Baru saya hendak releks, sepupu Datuk Mazlan cakap: "Ini adik dia (Mazlan) baru sampai dari KL." Saya cakap: "Saya tak tahulah." Kemudian, ada satu land rover polis datang, tiga anggota polis terus masuk dalam kawasan halaman rumah. Anggota polis itu bertanya: "Mana Datuk pergi?" Saya jawab: "Saya tak tahu." Anggota polis itu kemudian meminta IC (kad pengenalan) saya, dan saya pun beri IC. Kemudian anggota polis itu berkata, tak apalah kita cerita dekat balai. Kami pun pergi ke Balai Polis Dong. Di balai, polis tanya lagi, mana Datuk? Saya cakap, tak tahu. Apabila sudah cerita, dia suruh balik kerana pegawai tak ada dan minta saya datang jam 7 malam. Saya balik lebih kurang 3.30 petang. Saya balik ke rumah dan beri makan itik dan pada masa itunsudah jam 7 malam lebih. Saya kemudian mencari pondok telefon awam dan menelefon Balai Polis Dong memberitahu terlewat tapi anggota di situ memberitahu supaya saya datang juga. Di Balai Polis Dong, ada seorang datuk Sarjan, namanya saya tak tahu.

(Karam kemudian memanggil Ketua Balai Polis Dong, Sarjan Masara Yuasap dan Juraimi mengecamnya). Dia (Masara) tanya mana Datuk, saya kata saya tak tahu. Kemudian dia menelefon Balai Polis Raub. Kemudian ada dua anggota polis datang dan bawa saya ke Balai Polis Raub. Dalam perjalanan ada seorang Sarjan berkata: "Tak apalah, kita buat kes dadah. "Saya tahu awak tak hisap dadah. Dari muka, saya tahu awak tak hisap dadah." Di Balai Polis Raub, saya masuk lokap. Di lokap, air kencing saya pun tak ambil.

KARAM: Masa di lokap Balai Polis Raub, ada Juraimi disoal-siasat mengenai Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Apa kamu jawab?

JURAIMI: Saya jawab: "Tak tahu. Saya main tak tahu aje."

KARAM: Berapa lama ditahan di Balai Polis Raub?

JURAIMI: Dari 13 hingga 23 Julai 1993. Mengenai kes dadah.

KARAM: Ketika ditahan di Balai Polis Raub, ada jumpa Affandi.

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bila jumpa?

JURAIMI: Di Balai Polis Raub, pada malam 21 Julai menjelang 22 Julai 1993, ada jumpa Affandi.

KARAM: Ada disoal-siasat mengenai Datuk Mazlan?

JURAIMI: Dalam lokap, saya bangun tidur dan Din Mamak (Detektif Lans Koperal Nordin Sadakathullah) ambil saya berjumpa Tuan Mahpop (Penolong Penguasa Mahpop Jaafar).

KARAM: Ada dia soal-siasat kamu?

JURAIMI: Mahpop tanya: "Mana kamu tahan Datuk Mazlan?"

KARAM: Apa jawabnya?

JURAIMI: Mahpop kata: "Saya tahu, semuanya. Affandi pun dah kena tangkap, Mona pun dah kena tangkap. Affandi pun dah ada kereta, Mona dah pakai barang kemas. Mereka mahu menganiaya awak. Baik awak cerita." (Selepas memberi keterangan ini dan sementara menunggu soalan lanjut Karam, Juraimi memandang jam di dinding mahkamah berhampiran kandang saksi. Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 10.43 pagi. Juraimi tersenyum memberi sesuatu isyarat kepada Karam.)

KARAM: Apa kamu jawab?

JURAIMI: Saya jawab tak tahu. Kemudian (bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah) Datuk Zaman Khan dan Takbir (Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd) masuk ke bilik. Datuk Zaman Khan pun tanya: "Mana kau tahan Datuk Mazlan?" Saya jawab: "Saya pun tak tahu." Takbir kemudian terus menampar saya dan keluar dari bilik itu. Lima minit kemudian Takbir masuk balik bersama Affandi. Apabila berjumpa, Affandi berdiri di belakang saya dan memegang bahu dan berkata: "Rong (Gondrong) ini bapak (Affandi). Kau ceritalah, bapak dah cerita segala-galanya. Ibu (Mona) pun, dah kena tangkap, adik pun dah kena tangkap" Saya pun berdiam diri. Apabila Affandi keluar, baru saya teringat apa yang berlaku semuanya. Selepas itu, saya dan Affandi dibawa ke rumah di Ulu Dong pada malam itu juga (menjelang 22 Julai 1993).

(Ketika di rumah itu, polis ditunjukkan lubang, tempat jasad Mazlan serta pistol, kapak dan parang ditanam. Juraimi juga menunjukkan pelurun yang dibuang dalam lubang tangki najis)

To be continue..

* hasil nukilan di atas telah diedit dengan selera sendiri (copy > edit > paste) dari http://www.cakap.net, hasil tulisan WebZone-_-Attack. Harap halal la.. lalalala.. tq~

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes