Kes Berprofil Tinggi Mona Fendi Part 6



Dr Abdul Rahman yang pada waktu itu Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan selama tiga jam 18 minit di mahkamah. Tugas dia memang mencabar membuat bedah siasat jadad Datuk Mazlan. Ia bukan pertama kali dia menjalankan bedah siasat mayat, tetapi kali ini berlainan sekali. Dr Abdul Rahman dalam keterangan di mahkamah turut ditunjukkan tiga senjata tajam iaitu sebilah kapak dan dua bilah parang untuk mendapatkan pengesahan sama ada senjata itu boleh menyebabkan kecederaan hingga membawa kematian. Senjata yang mungkin menyebabkan kematian Datuk Mazlan, Dr Abdul Rahman memberitahu kapak yang matanya berukur 17 sentimeter itu boleh menyebabkan kecederaan sehingga membawa maut.


Sebelum itu, beliau meminta izin mahkamah untuk mengukur kapak berkenaan apabila Timbalan Pendakwaraya, Zakaria Sam, bertanya sama ada senjata boleh digunakan bagi memancung. Dr Abdul Rahman memberitahu mahkamah, senjata yang berat seperti parang panjang, kapak dan pedang boleh digunakan bagi memancung, sebagaimana kecederaan yang dialami oleh Mazlan.

ZAKARIA: Parang kecil ini boleh menyebabkan kecederaan sehingga membawa kepada kematian mangsa?

DR ABDUL RAHMAN: Senjata ini (sambil mengukur) mempunyai blade (mata) sepanjang 35 sentimeter daripada handle (hulu). Lebarnya adalah lebih kurang 4.5 sentimeter.

ZAKARIA: Bolehkah senjata itu membawa maut kepada mangsa?

DR ABDUL RAHMAN: Saya rasa agak sukar walaupun boleh untuk hasilkan luka pada bahagian leher.

ZAKARIA: Adakah senjata ini boleh menyebabkan kecederaan sehingga membawa maut? (sambil menunjukkan parang panjang).

DR ABDUL RAHMAN: Parang ini blade (mata) berukuran 30.3 sentimeter panjang. Lebarnya lima sentimeter.

ZAKARIA: Bolehkah ia menyebabkan kecederaan yang membawa maut?

DR ABDUL RAHMAN: Tidak sesuai kerana ia ringan.

ZAKARIA: Pada kecederaan lain, daripada tiga senjata yang mana mungkin menyebabkan kecederaan lain?

DR ABDUL RAHMAN: Ketiga-tiga boleh menyebabkan kecederaan lain iaitu seperti luka hiris pada abdomen.

To be continue..

* hasil nukilan di atas telah diedit dengan selera sendiri (copy > edit > paste) dari http://www.cakap.net, hasil tulisan WebZone-_-Attack. Harap halal la.. lalalala.. tq~


Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes