Kes Berprofil Tinggi Mona Fendi Part 7


KISAH buah zakar Datuk Mazlan Idris hilang mendapat perhatian ramai baik di dalam atau luar mahkamah. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Ke mana perginya, apa hendak dibuat dengan benda tu. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Dr Abdul Rahman Yusof yang ketika itu Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, berkata kedua-dua buah zakar pada jasad yang ditemui dalam lubang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993, didapati hilang. Dr Abdul Rahman membuat keterangan hasil pemeriksaan dan bedah siasat terhadap jasad yang kemudian dicam sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.


Menurutnya, pemeriksaan terhadap jasad itu, mendapati sistem saluran kencing si mati adalah baik dan tidak mempunyai kelainan. "Semua organ dalam sistem itu diperiksa dan saya mendapati tiada kelainan. Kelenjar prostate tidak membesar, keadaan kemaluan adalah baik dan bersunat serta kedua-dua buah zakar sudah hilang," katanya. Dr Abdul Rahman juga mendapati bahagian kulit betis kedua-dua bahagian kiri dan kanan, serta otot-otot lengan kanan si mati hilang. "Saya juga mendapati lapisan dinding lemak pada abdomen jasad itu telah tiada. Saya juga mendapati hepar (hati), pundi hempedu, buah pinggang dan usus pada jasad itu dalam proses pembusukan," katanya.

Dr Abdul Rahman juga memberitahu mahkamah bahawa jasad itu telah dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian, termasuk lima bahagian ketulan daging. Katanya, bahagian kepala telah dipisahkan daripada bahagian badan pada leher. Sementara, bahagian badan tercerai daripada kedua-dua tangan pada bahagian ketiak, serta kedua-dua kaki pula tercerai pada pangkal paha. Menurutnya, bahagian tangan kanan terpisah kepada tiga bahagian iaitu pada pergelangan tangan dan siku, sementara tangan kiri pula terpisah kepada dua bahagian pada bahagian siku.Katanya, kaki kiri dan kanan jasad itu terputus kepada tiga bahagian iaitu pada pangkal paha, lutut dan buku lali. Tapi samapi habis kes, buah zakar masih belum ditemui.. kemana menghilang agaknya......

To be continue..

* hasil nukilan di atas telah diedit dengan selera sendiri (copy > edit > paste) dari http://www.cakap.net, hasil tulisan WebZone-_-Attack. Harap halal la.. lalalala.. tq~

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes