Kes Berprofil Tinggi Mona Fendi Part 9


Keterangan Dr Abdul Rahman Yusof yang ketika itu Perunding Kanan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur. Dr Abdul Rahman disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam.Post ni agak panjang ye.


ZAKARIA: Pada 22 Julai 1993, kira-kira jam 3.20 pagi adakah Dr terima panggilan daripada polis?

DR RAHMAN: Ada.

HAKIM: Daripada siapa?

DR RAHMAN: (Timbalan Penguasa) TPP Takbir (Ahmad Nazim Mohamad).

ZAKARIA: Apa pesanannya?

DR RAHMAN: Dia memberitahu supaya bertolak ke Balai Polis Raub dan seterusnya ke tempat kejadian (rumah tak bernombor, Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub), di mana satu jasad ditemui.

ZAKARIA: Pukul berapa bertolak ke Raub?

DR RAHMAN: Bertolak kira-kira jam 6 pagi dan tiba kira-kira 7.20 pagi.(Dr Abdul Rahman kemudian meminta hakim untuk membuat rujukan catatannya.)

ZAKARIA: Apa yang dibuat di tempat kejadian?

DR RAHMAN: Saya bertemu dengan TPP Takbir (Ahmad Nazim Mohamad); Pegawai Penyiasat Ketua Inspektor (ketika itu Penolong Penguasa) Mahpop Jaafar; Datuk Zaman Khan dan Datuk Ragib Salleh. Saya ditunjukkan satu lubang yang siap digali di rumah tidak siap. Saya melihat lubang itu telah digali dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter dengan keluasan 1.2 meter kali 1.3 meter. Ketika tiba di tempat kejadian, kerja-kerja menggali sudah dihentikan.


ZAKARIA: Setelah tiba, kerja-kerja menggali di sambung semula?

DR RAHMAN: Kerja disambung semula kira-kira jam 8 hingga 10 pagi.

ZAKARIA: Apa yang Dr saksikan?

DR RAHMAN: Kerja menggali dilakukan oleh pasukan polis hutan. Pada kedalaman kira-kira 1.6 meter jelas kelihatan dalam lubang itu bahagian belakang satu jasad manusia dan satu bahagian dari penjuru kanan ada bahagian atas kepala manusia. Saya telah turun dalam lubang itu untuk membuat anggaran kedudukan tangan dan kaki jasad itu. Proses menggali diteruskan dan saya mendapati bahawa jasad itu tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki. Maksudnya terpisah. Selepas gambar diambil oleh jurugambar polis, bahagian yang terpisah itu dikeluarkan.

ZAKARIA: Siapa yang keluarkan?

DR RAHMAN: Saya sendiri yang angkat. Pada masa itu saya dapat melihat ada kesan luka, kesan tetakan pada leher. Kemudian saya meminta bantuan anggota polis yang masih berada di bawah untuk mengeluarkan jasad itu. Bahagian badan itu terpisah akibat proses pemotongan bahagiann lengan dan pangkal paha. Dan jelas bahagian tengah abdomen ada kesan luka yang panjang. Selepas jasad dikeluarkan, proses menggali diteruskan. Pada lapisan kedua, ada bahagian paha dan ketulan daging. Pada lapisan ketiga ada tulang betis dan tulang paha serta tangan kiri.Pada lapisan keempat ada bahagian tangan kanan yang putus. Saya kira ada 18 bahagian jasad yang dijumpai antaranya bahagian kepala, dada, badan, bahagian kaki dan tangan serta beberapa ketul daging. Saya telah susun jasad itu mengikut keadaan semula jadinya. Semua bahagian itu bersesuaian, berdasarkan bentuk semula jadinya dan bentuk tulang, terdiri daripada satu tubuh atau satu jasad manusia. Selepas gambar (jasad) diambil, bahagian tubuh itu dihantar ke Hospital Raub untuk saya jalankan bedah siasat.

Zakaria kemudian meminta izin hakim untuk menunjukkan gambar-gambar bahagian jasad Mazlan untuk pengecaman. Hakim juga meminta supaya gambar-gambar itu diberikan kepada juri. Dr Abdul Rahman kemudian mengesahkan gambar-gambar itu.

ZAKARIA: Di hospital (Raub) adakah (bekas isteri Mohd Mazlan) Datin Faridah (Zainuddin) datang membuat pengecaman mayat?

DR RAHMAN: Untuk justifikasi jasad si mati, saya mendapat keterangan dengan membawa isteri untuk mengecam mayat yang dipercayai Datuk Mazlan dan sepupunya (Mohd Mazlan), Zainal Abidin Ibrahim untuk membuat pengecaman.

ZAKARIA: Bolehkan Datin Faridah dan Zainal Abidin mengecamnya?

DR RAHMAN: Boleh.

(Faridah dan Zainal Abidin kemudian dibawa masuk ke bilik mahkamah untuk pengecaman oleh Dr Abdul Rahman. Beliau kemudian meneruskan keterangan).

DR RAHMAN: Datin Faridah tiba dulu dan kemudian Zainal Abidin. Datin Faridah ditemani oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri (kini Tun) Mohd Khalil Yaakob, memasuki ruang pembedahan. Saya kemudian tunjukkan jasad yang telah dibersihkan. Saya susun jasad itu mengikut keadaan semula jadinya dan tutup dengan kain putih. Mula-mula saya membuka bahagian kepala dan Datin Faridah berkata ia mempunyai misai dan rambutnya yang telah dicam oleh beliau. Kemudian saya tunjukkan bahagian jari tangan dan seterusnya bahagian kaki. Ibu jari kaki kanan ada tanda hitam dan bentuk kaki mengikut Datin Faridah bersesuaian dengan jasad suaminya.


ZAKARIA: Boleh beritahu mahkamah letak tanda itu?

DR RAHMAN: Pada hujung ibu jari kanan.

ZAKARIA: Adakah Zainal Abidin cam jasad itu?

DR RAHMAN: Ya.

ZAKARIA: Dr kata tadi, sebelum pengecaman mayat dibersihkan, apakah pendapat Dr sebagai pakar, jasad itu boleh dicam oleh orang yang biasa melihatnya?

DR RAHMAN: Ya. 

ZAKARIA: Apakah penemuan bedah siasat?

DR RAHMAN: Pada pemeriksaan luaran, saya menjalankan pemeriksaan pada satu jasad yang telah dipisah-pisahkan kepada 18 bahagian. Saya juga menyediakan satu salinan carta untuk rujukan. Pertama bahagian kepala yang telah terpisah daripada bahagian badan pada bahagian leher.Kedua, bahagian badanyang telah tercerai dengan kedua-dua tangan pada bahagian ketiak dan tercerai kedua-dua kaki pada pangkal paha. Ketiga, bahagian tangan kanan telah terpisah kepada tigabahagian iaitu bahagian pergelangan tangan dan bahagian siku. Keempat, bahagian tangan kiri terpisah kepada dua bahagian pada bahagian siku. 

DR RAHMAN: Kelima, kedua-dua bahagian kaki, kiri dan kanantelah terputus kepada tiga bahagian iaitu pangkal paha, lutut dan buku lali.Keenam, lima ketulan daging telah dikeluarkan daripada tulang panjang iaitu daripada tulang lengan, tulang tangan kanan dan dua daripada tulang paha. Saya juga mendapati bahagian kulit yang telah hilang iaitu kulit, betis kedua-dua bahagian kiri dan kanan serta otot-otot lengan kanan. Semua bahagian yang saya periksa ini dalam proses pembusukan dan tidak ada sebarang ulat hasil proses itu. Ada tahi lalat pada pipi kiri. Keadaan mata telah kecut, keadaan lidah juga kecut. Keadaan abdomen tidak bengkak disebabkan ada luka hiris di bahagian hadapan yang telah mendedahkan usus- usus dari tali usus yang sedang bengkak. Anggaran ketinggian jasad itu kira-kira 1.65 meter. Saya mendapati pada bahagian kepala jelas keseluruhan dengan tiga kesan tetakan pada paras tulang keempat (tulang leher). Keadaan pemotongan ini adalah potongan bersih dan licin (clean cut) merintangi bahagian hadapan leher terus ke belakang dengan memotong badan keempat dan ada kesan pendarahan di sekeliling badan keempat. Lukis hiris itu memotong keseluruhan struktur bahagian leher daripada kulit, otot-otot, saluran darah, tulang bahagian alat pernafasan dan saraf tunjang yang putus keseluruhannya. Dari bahagian bawah dagu terus ke belakang, luka hiris ini bertembung atau bersambung dengan luka hiris atau tetakan pada bahagian sebelah kiri kepala dan leher. Luka pertama telah memotong sebahagian daripada bawah cuping telinga kiri terus mengarah ke belakang dan ke bawah menembusi tulang kepala bahagian belakang. Dan ini menyebabkan satu ruang akibat tetakan yang telah mendedahkan bahagian dalam tempurung kepala. Satu lagi luka berkaitan luka potong pada bahagian bawah, luka ini adalah luka hiris dan telah menyebabkan terpotongnya tulang belakang kepala berukuran 11 kali 2 sentimenter. Bahagian badan telah terpisah pada bahagian atas iaitu bahagian kepala, kedua-dua bahagian ketiak dan bahagian pangkal paha. Luka hiris pada bahu kanan adalah luka potong dan bentuk luka itu adalah terdiri daripada tiga kali hiris atau potong dengan setiap satu panjangnya 13 sentimenter. Selain itu, tangan kanan yang terputus di bahagian bahu dan juga siku mengandungi hanya sebahagian kecil tisu atau otot-otot. Lengan kanan yang telah terputus di bahagian siku dan pergelangan tangan menunjukkan disebabkan hiris bersih. Sebahagian besar tisu iaitu otot-otot telah ditanggalkan daripada tulang belakang. Tangan kanan telah terpisah pada pergelangan tangan dengan luka hirisan bersih. Bentuk tangan masih boleh dapat dilihat dengan baik, walaupun proses pembusukan dalam keadaan berat (advance decomposition). Kuku-kuku jari tangan kanan telah tercabut. Tangan kiri telah dipisahkan pada bahagian bahu dan siku, iaitu dengan luka hiris bersih pada paras kepala siku dan kepala tulang radius. Keadaan otot-otot adalah dalam proses pembusukan. Kaki kanan putus akibat potongan cara luka hiris pada pangkal paha. Ini menyebabkan kepala tulang paha masih melekat pada tulang punggung. Paha kiri juga telah terputus pada bahagian pangkal paha dan seterusnya pada bahagian tulang. Kaki kiri terputus pada bahagian tengah kepala lutut iaitu pada kawasan tengah. Bahagian kaki kedua-duanya terputus akibat luka hirisan pada paras buku lali dan sebahagian besar kuku telah tertanggal melainkan kuku ibu jari kaki kanan. Saya juga melihat perubahan selepas pembedahan. Selain proses pembusukan, bahagian lapisan luar kulit mudah tercerai dan begitu juga dengan rambut yang mudah tertanggal.


ZAKARIA: Apakah hasil pemeriksaan lanjut?

DR RAHMAN: Saya teruskan dengan pemeriksaan dalam. Saya akan terangkan mengikut sistem. Pertama, sistem saraf. Keadaan otak adalah dalam proses pembusukan iaitu otak telah cair. Saya tidak mendapati ada kesan patalogi yang jelas selain terputusnya saraf terutama saraf tunjang. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, sistem jantung dan saluran darah utama telah terputus akibat daripada luka hiran pada bahagian bersesuaian pada kecederaan luaran, terutama pada bahagian leher yang telah memutuskan saluran darah utama ke kepala. Bagi bahagian bahu dan pangkal paha, salur nadi utama adalah baik tetapi ada sedikit tompokan lemak. Keadaan jantung adalah biasa dengan beratnya kira-kira 300 gram dan mengalami proses pembusukan, di mana ada rongga-rongga udara di dalam otot jantung. Saluran darah koronori ke jantung adalah baik, melainkan cabang sebelah kanan ada sedikit tompokan lemak. Tidak ada parut atau kesan fibrosis pada otot jantung. Kedua, sistem pernafasan. Rangka dada adalah baik dan ada perlekatan di antara paru-paru dengan kulit dada pada bahagian kanan. Saluran pernafasan putus pada paras tulang leher atas bahagian halkum dan juga di atas hiaod. Ada kesan pendarahan di sekitar tisu leher pada kawasan luka hiris. Kedua-dua paru-paru adalah kecut dan berada dalam pembusukan yang berat. Tiada kelainan atau perubahan patalogi atau penyakit pada paru-paru itu. Ketiga sistem GET. Abdomen menunjukkan ada luka hiris di bahagian hadapan dan luka ini adalah luka hiris menembusi keseluruhan dalam kulit abdomen. Saya mendapati lapisan dinding lemak pada abdomen, telah tiada. Organ lain yang saya periksa satu persatu termasuk hepar (hati), pundi hempedu, buah pinggang, gester dan usus, kesemuanya dalam proses pembusukan. Selain gester kosong atau tiada makanan, tiada kelainan atau penyakit. Berikutnya, sistem RES iaitu sum-sum tulang, tidak menunjukkan kelainan selain mengalmai proses pembusukan. Sistem limpa juga adalah baik dan tidak menunjukkan pembesaran. Sistem saluran kencing pula, semua organ diperiksa dan didapati tiada kelainan, kelanjar prostat tidak membesar, keadaan kemaluan adalah baik dan bersunat, serta kedua-dua buah zakar didapati hilang. Sistem tulang, selain kesan luka pada tulang kepala, tulang vetebra keempat terputus sama sekali. Begitu juga tulang kedua-dua bahagian bahu, tulang tangan pada bahagian siku pergelangan tangan kanan. Kemudian kedua-dua tulang pangkal paha, diikuti kedua-dua tulang bahagian sambungan lutut dan buku lali. Sistem lain, selepas diperiksa semuanya mengalami proses pembusukan dan tidak didapati kecederaan lain yang bermakna. 

To be continue..

* hasil nukilan di atas telah diedit dengan selera sendiri (copy > edit > paste) dari http://www.cakap.net, hasil tulisan WebZone-_-Attack. Harap halal la.. lalalala.. tq~





Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes