Kes Berprofil Tinggi Mona Fendi Part 18


TENTU ada yang bertanya mengapa soal tongkat sakti dan songkok hikmat menjadi perkara penting dalam keterangan pembelaan tertuduh kedua dan ketiga kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris.nDua barang itu dikatakan sanggup dibeli Mazlan dengan harga RM2.5 juta. Jumlah itu yang didakwa Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey hutang Mazlan kepada mereka. Itu dakwa Affandi dan Mona. Tapi berlainan pula dengan tertuduh pertama, Juraimi Husin. Dia mendakwa pasangan bomoh itu membunuh bekas Adun Batu Talam itu kerana harta, duit dan kereta. Juraimi berkata, Mona dan Affandi berniat membunuh Mazlan dan merancang pembunuhan itu sejak Jun 1993.


"Mona dan Affandi ada niat membunuh Datuk Mazlan kerana harta, duit dan kereta. Apa yang saya katakan ini bukanlah rekaan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan membunuh Datuk Mazlan, tetapi adalah kenyataannya. Saya tidak bohong," katanya menjawab soalan peguambela Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Affandi dalam keterangannya pula menafikan tuduhan itu dan mendakwa pembunuhan itu dilakukan tanpa pengetahuan mereka oleh Juraimi seorang diri. Jadi kalau bukan kerana harta, mengapa geran tanah, wang dan kereta Mazlan bertukar tangan kepada pasangan bomoh itu. Datuk Mazlan menyerahkan geran tanahnya kepada bomoh Affandi sebagai cagaran RM2 juta iaitu baki bayaran bagi azimat, songkok dan tongkat yang dikatakan boleh menjadikan Mazlan sebagai Menteri Besar. Affandi berkata, Mazlan akan melunaskan bayaran RM2 juta itu selepas beliau berjaya dalam pemilihan bahagian Umno pada 1993.

Menurutnya, Mazlan menjelaskan RM500,000 sebagai cengkeram mendapatkan azimat, tongkat dan songkok yang semuanya bernilai RM2.5 juta kepadanya di Tanjung Lumpur pada 1993. "Datuk Mazlan membawa duit itu dalam briefcase ke rumah saya di Tanjung Lumpur pada 1993. Dia membuka briefcase itu dan kemudian menyerahkan wang RM500,000 dan saya kemudian memberinya azimat, songkok dan tongkat itu," katanya. Menurutnya, dia kemudian memberikan RM400,000 yang kebanyakannya dalam not RM1,000 kepada isterinya, ketika mereka berpindah dari Tanjung Lumpur ke Ulu Dong. Affandi juga memberitahu mahkmah, Mazlan ada memberinya surat mengenai penjualan sebahagian tanahnya di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub kepada pasangan bomoh itu. Menurutnya, dia membeli tanah itu dengan harga RM7,000, iaitu RM4,000 dibayar di Tanjung Lumpur dan RM3,000 lagi dijelaskan di Ulu Dong pada 1993.

Katanya, surat itu pernah ditunjukkan kepada saudara mara Mazlan, termasuk anak saudaranya, Noraini Abdul Rahman dan Tarmizi Abdul Rahman, selepas mereka kerap kali bertanya sama ada Mazlan sudah menjual tanah itu kepada Mona dan Affandi. Dalam keterangannya, Mohd Affandi juga mengaku memalsukan tandatangan Datuk Mazlan dalam surat perjanjian jual beli tanah dan banglo milik bekas Adun Batu Talam itu di Jalan Semarak (dulu JalanGurney), Kuala Lumpur, Julai 1993. Affandi meniru tandatangan Mazlan berdasarkan sekeping surat Mazlan mengenai pembayaran RM250,000 bagi pembelian tanah dan rumah di Jalan Gurney. "Saya telah meniru tandatangan Datuk Mazlan berdasarkan surat itu dan menurunkannya dalam surat perjanjian jula beli itu," katanya.

Menurutnya, urusan penyediaan surat perjanjian itu dilakukan oleh abangnya, Azmi dengan peguam Mohd Nashir Hussein dari syarikat guaman, Nashir Johal & Company. Nashir dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa surat perjanjian itu bertarikh 6 Julai 1993. Menurutnya, dia juga tidak melihat Mazlan menandatangani surat perjanjian itu.

Affandi ketika ditanya peguambelanya, Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan, berkata surat Mazlan mengenai pembayaran RM250,000 itu disimpan dalam beg hitamnya. Bagaimanapun, surat itu tidak ada dikemukakan di mahkamah.

To be continue..

* hasil nukilan di atas telah diedit dengan selera sendiri (copy > edit > paste) dari http://www.cakap.net, hasil tulisan WebZone-_-Attack. Harap halal la.. lalalala.. tq~


Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes