Kes Berprofil Tinggi Mona Fendi Part 19


Juraimi sudah mengaku menetak leher Datuk Mazlan dengan kapak yang menyebabkan kematian bekas Adun Batu Talam itu.Affandi pula memberitahu mahkamah Juraimi melakukan perbuatan itu sendiri tanpa arahannya. Dia dan isterinya, Maznah Ismail atau Mona Fandey tidak merancang atau terbabit dalam pembunuhan Datuk Mazlan. Timbalan Pendakwaraya, Zakaria Sam, berkata bukan Juraimi Husin saja terbabit dalam pembunuhan Mazlan di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, pada malam 2 Julai 1993, malah Mona juga terbabit. "Mona juga terbabit dalam pembunuhan itu melalui pengakuannya dalam rakaman percakapannya. Berbeza dengan Juraimi dan Affandi, Mona memilih untuk memberi kenyataan dalam kandang orang kena tuduh selepas jurubahasa mahkamah membacakan tiga pilihan untuk membuat pembelaan kepadanya. Mona berdiri di kandang tertuduh untuk memberi kenyataan.




Dalam keterangannya, Mona berkata dia dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman kelam kabut pada malam pembunuhan Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris, 2 Julai 1993. Menurutnya, mereka masuk ke kereta Mazlan bernombor pendaftaran CAA 5115 dan terus ke Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Peguambela Karam Singh Bhal berkata, saksi pendakwa kelapan, Perunding Kanan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof telah memberi keterangan terperinci bagaimana jasad Mazlan dipotong 18 bahagian. "Selepas meneliti cara jasad itu ditemui serta keadaan potongan bahagian itu, satu manifestasi menarik timbul, di mana kematiannya adalah satu pembunuhan untuk korban ilmu hitam, orang bomoh. "Di sini, kami hendak menyoal siapakah bomoh dalam kejadian itu?

"Tertuduh kedua (Mohd Affandi Abdul Rahman) mengaku dia dan isterinya (Maznah Ismail atau Mona Fandey) adalah bomoh, sedangkan Juraimi tidak mengaku dia seorang bomoh," katanya. Katanya, pembunuhan Mazlan di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong dipercayai berlaku tengah malam menjelang 3 Julai 1993. "Ini bermakna pembunuhan itu berlaku sekitar tengah malam, masa sesuai untuk membuat korban bagi syaitan mengikut cerita dongeng, misteri dan kebanyakan kitab suci," katanya. Seorang peguambela Juraimi, Ikmal Hisam Idris pula berhujah, tiga tetakan pada tulang keempat dengan potongan bersih dan licin; luka hirisan bersih; daging dicerai daripada tulang, abdomen dihiris serta zakar hilang, bukanlah perbuatan yang datang sendiri daripada Juraimi. Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk pembomohan, yang datang sendiri daripada Juraimi. Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk pembomohan, yang mana Affandi dan Mona sendiri mengaku mereka adalah bomoh. "Jika Juraimi berniat membunuh Mazlan kerana dendam seperti yang dicadangkan oleh Gulam (Mustaffa Nadar Ali Khan), adalah tidak munasabah Juraimi melakukan ini semua, cukup dengan memenggal kepala Mazlan," katanya. Ikmal Hisam berkata, perbuatan seperti ini tidak akan datang daripada Juraimi sendiri kecuali fikiran tertuduh pertama tidak stabi. Ikmal Hisham dan Karam singh juga berhujah pembunuhan Datuk Mazlan mempunyai kaitan dengan niat untuk membolot harta dan wang ringgit bekas Adun Batu Talam itu. Menurut mereka, Juraimi Husin tidak mempunyai sebarang niat atau motif untuk membunuh Mazlan.

Malah, kata mereka, tertuduh pertama tidak mendapat sebarang imbuhan lumayan daripada tindakannya membunuh Mazlan pada malam 2 Julai 1993. Ikmal Hisham berkata, keterangan saksi menunjukkan, Juraimi
tidak terbabit dalam sebarang kegiatan yang dilakukan oleh tertuduh kedua, Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey. Katanya, Juraimi tidak terbabit dalam penubuhan syarikat Diana Dignity Sdn Bhd, pembelian barang kemas, perabot dan perkakas elektrik serta rancangan menukar milik tanah dan kereta Mazlan yang membabitkan pasangan itu. "Semua ini dilakukan tanpa kehadiran atau pengetahuan tertuduh pertama," katanya. Karam pula berkata, Juraimi tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada pembunuhan yang dirancang oleh Affandi dan Mona. Menurutnya, tertuduh ketiga hanya diberi RM1,680, termasuk RM1,000 untuk makanan itik selepas malam pembunuhan. "Di sini terbukti, Juraimi tidak mempunyai sebarang motif atau niat untuk membunuh Mazlan," katanya


To be continue..

* hasil nukilan di atas telah diedit dengan selera sendiri (copy > edit > paste) dari http://www.cakap.net, hasil tulisan WebZone-_-Attack. Harap halal la.. lalalala.. tq~




Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes