Al-Arqam - Sesat lagi menyesatkan Part 2


Jemaah Al-Arqam telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan tumpuan sepenuhnya telah diberikan kepada jemaah ini pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 setelah Ashaari bertindak keluar dari ABIM. Pada mulanya al-arqam merupakan satu kumpulan usrah yang dibimbing oleh Ashaari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang berhubung  dengan fardu ain terutamanya dalam pembentukan moral, pembersihan jiwa  dan berjihad melawan nafsu. Zakaria Al-Ansari merupakan orang pertama yang diajak oleh Ashaari untuk membentuk satu usrah bagi membincangkan ilmu-ilmu berkaitan dengan agama yang dapat mendidik diri dan mentarbiyah diri bagi membentuk peribadi muslim yang sempurna. Penubuhan usrah ini menurut  Zakaria adalah bertitik tolak  daripada kekecewaan mereka dengan jemaah PAS yang pada ketika itu hanya menitikberatkan politik dan mengabaikan pendidikan dan tarbiyah. Usrah ini pada mulanya hanya disertai 10 orang sahaja yang merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan ini dan mengadakan pengajian seminggu sekali. Pada hujung minggu pula mereka mengadakan kuliah subuh. Usrah ini pada mulanya diadakan di rumah no 94, Lorong Kiri 2 Dato Keramat , Kuala Lumpur yang diduduki oleh Cikgu Abdul Rahman Haji Syamsudin yang pada ketika itu sama-sama mengajar dengan Ashaari di Sekolah Kebangsaan Dato Keramat. Oleh kerana rumah itu berwarna putih maka kumpulan usrah itu dinamakan Kumpulan Rumah Putih atau Jemaah Rumah Putih.


Nama ini tidak bertahan lama kerana selepas 3 tahun kegiatannya timbul cadangan yang dikemukakan oleh Ustaz Zakaria Ansari untuk menamakan kumpulan ini dengan nama Jemaah Dar Al- Arqam. Al-arqam adalah nama yang dipilih bagi menggantikan kumpulan rumah putih. Markas Dar Al-Arqam kemudiannya berpindah ke rumah Mohd Salleh Abu Bakar  di simpang flat Jalan Pekeliling . Pada peringkat awal pertubuhannya kumpulan ini hanya memanfatkan ajaran daripada tokoh-tokoh yang berpengalaman malah identitinya sebagai sebuah pertubuhan yang tersendiri yang tidak begitu ketara. Pada tahun 1972 Dar Al-Arqam telah membuka perkampungan Islam di Sungai Penchala, Selangor seluas 5 ekar yang menjadi tempat tinggal malah sebagai markas Dar Al-Arqam. Oleh kerana Dar Al-Arqam belum memiliki sekolah sendiri maka pada 13 Januari 1975 Dar Al-Arqam telah mengirimkan seramai 12 orang putera puterinya ke Yayasan Khairiah, Kupang, Baling. Yayasan ini dipilih kerana ianya banyak menekankan konsep tarbiyah islamiah dan pendukung al-arqam iaitu Ustaz Mohd Rosdi Yusuf merupakan mudir di  yayasan ini. Pada 1 Ogos 1975, Yayasan Al-Arqam di Sungai Penchala telah ditubuhkan dan pada  Mei 1977, bahagian perkhidmatan ummah telah dibentuk di Gombak yang diketuai oleh Akhbar Anang. Pada 1 Julai 1977 mereka telah menerbitkan akhbar al-Arqam dan pada 18 Jun 1978, mereka telah membuka pusat perubatan al-Arqam di Desa Minang, Gombak yang dipimpin oleh Nordin A


Bersambung

Post diatas adalah berasaskan sumber daripada penulisan oleh

1) NUURUL ATIYYAH BINTI ABDUL RAZAK 
2) NORHUMAIRAH BINTI NAMAT RAMLI
3) NOR SAADAH BINTI TULUS

dari Universiti Darul Iman Malaysia dan juga beberapa sumber internet yang lain:
1. http://aboutmiracle.wordpress.com/2008/07/08/sekilas-gelombang-dakwah-abuya-ashaari-muhammad/;
2. http://arkibnegara.blogspot.com/;
3. http://en-gb.facebook.com/topic.php?uid=123143384380741&topic=452;
4. http://mengenal-abuya.blogspot.com/;
5. http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/05/ghaibkah-ashaari-muhammad.html;
6. http://msianhistoryx.blogspot.com;
7. http://munsyeed.com/v1.9/2010/12/asri-ibrahim-perjuangkan-nadamurni/;
8. http://muslim.or.id/manhaj/darul-arqam-dan-wajah-barunya.html;
9.http://pak-mail.blogspot.com/2011/04/pak-mail-dan-al-arqam.html; http://riwayatmelayu.blogspot.com/2010/08/alter-terahsia-bangsa-melayu-viii.html;
10. http://s13.invisionfree.com/mysahabat/ar/t112.htm;
11. http://tomatosusu.blogspot.com/2010/05/al-arqam-kesesatannya.html; dan
12. http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg00987.html.
13. http://chedinsphere.blogspot.com/2011/05/darul-arqam-sejarah-suka-duka-bahagian.html
 Terima Kasih.

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes