Latar belakang pengasas Al-Arqam
Ashaari Muhammad atau Asaari Muhamad telah dilahirkan pada 30 Oktober Oktober 1938 di Kampung Pilin Rembau, Negeri Sembilan. Beliau juga dikatakan berketurunan bawean atau boyan Indonesia . Bapa beliau bernama Muhammad manakala ibunya bernama Aminah dan merupakan insan yang kuat berpegang pada agama serta mengamalkan tariqat Muhammadiah yang diasaskan oleh Syeikh Suhaimi . Ibunya telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan dijaga oleh bapa dan ibu tirinya Zubaidah. Setelah bapanya meninggl dunia beliau telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Lebai Ibrahim yang juga merupakan pengamal tariqat Muhammadiah, jadi tidak hairanlah Ashaari juga turut mengamalkan tariqat dan telah dikurniakan Ijazah tariqat Muhammadiah ketika berusia 16 tahun sewaktu beliau berada dalam darjah 7 Sekolah Melayu . Ketika berusia 20 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pasangannya Hasnah dan dikurniakan 11 orang anak, namun perkahwinan beliau dengan Hasnah tidak berkekalan dan beliau telah menceraikan isterinya pada tahun 1984. Selain Hasnah beliau juga telah berkahwin dengan 4 orang isteri iaitu Khadijah Aam, Tengku Noriah, Ummu Ain dan Walidah. Hasil perkahwinan daripada 5 orang isteri beliau telah dikurniakan 37 orang anak dan 19 orang menantu dan 70 orang cucu.


Pendidikan awal Ashaari bermula dari bapa saudaranya yang menjaga beliau sejak kecil lagi. Beliau telah diberikan pendedahan agama dan didikan yang sempurna. Pada usia sembilan tahun beliau telah khatam 30 juzuk al-Quran dan mampu mengajar rakan-rakan yang sebaya dengannya . Beliau memulakan zaman persekolahan di Sekolah Melayu sehingga darjah 7 dan melanjutkan pengajiannya ke sekolah Maahad Hisahamuddin Kelang, Selangor sehingga darjah 7 atau thanawi tiga. Beiau tidak melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti walaubagaimanapaun minatnya terhadap ilmu tidak menghalangnya untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan mencari guru-guru agama untuk bertanya dan bermuzakarah sehinggalah beliau berjaya memiliki ilmu pengetahuan asas tentang agama Islam. Bagi pengikutnya yang taksub mempercayai beliau memiliki ilmu yang luar biasa yang diperolehi secara wahabiyah dan meletakkan Ashaari setaraf dengan alim ulama dan layak ianugerahkan pangkat doktor falsaah dan ilmunya setaraf dengan profesar.


Sewaktu berusia 18 tahun ketika masih menuntut di Maahad Hisamuddin pada tahun 1950 beliau telah ditawarkan berkhidmat dengan kerajaan sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Dato Keramat selama 20 tahun. Setelah meletakkan jawatan beliau tidak lagi bekerja dengan kerajaan akan tetapi beliau giat menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat supaya kembali kepada Allah, aktiviti ini banyak dijalankan di surau-surau dan masjid-masjid diantara masjid yang dikunjunginya ialah Masjid Jamek .
Bersambung
Post diatas adalah berasaskan sumber daripada penulisan oleh
1) NUURUL ATIYYAH BINTI ABDUL RAZAK
2) NORHUMAIRAH BINTI NAMAT RAMLI
3) NOR SAADAH BINTI TULUS
dari Universiti Darul Iman Malaysia dan juga beberapa sumber internet yang lain:
1. http://aboutmiracle.wordpress.com/2008/07/08/sekilas-gelombang-dakwah-abuya-ashaari-muhammad/;
2. http://arkibnegara.blogspot.com/;
3. http://en-gb.facebook.com/topic.php?uid=123143384380741&topic=452;
4. http://mengenal-abuya.blogspot.com/;
5. http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/05/ghaibkah-ashaari-muhammad.html;
6. http://msianhistoryx.blogspot.com;
7. http://munsyeed.com/v1.9/2010/12/asri-ibrahim-perjuangkan-nadamurni/;
8. http://muslim.or.id/manhaj/darul-arqam-dan-wajah-barunya.html;
9.http://pak-mail.blogspot.com/2011/04/pak-mail-dan-al-arqam.html; http://riwayatmelayu.blogspot.com/2010/08/alter-terahsia-bangsa-melayu-viii.html;
10. http://s13.invisionfree.com/mysahabat/ar/t112.htm;
11. http://tomatosusu.blogspot.com/2010/05/al-arqam-kesesatannya.html; dan
12. http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg00987.html.
13. http://chedinsphere.blogspot.com/2011/05/darul-arqam-sejarah-suka-duka-bahagian.html
Terima Kasih.
james harden shoes
kd shoes
adidas tubular
kyrie 3
westbrook shoes
yeezys
vans shoes
balenciaga shoes
replica rolex
jordan shoes
nike sneakers
kyrie 5 shoes
vans shoes
kevin durant shoes
moncler outlet
yeezy shoes
kd 11
kyrie 4
christian louboutin outlet
louboutin outlet
kyrie 4
hermes belt
kyrie 6 shoes
retro jordans
pandora
yeezy boost 350 v2
supreme outlet
pandora
golden goose outlet
nike sb
Ysl replica bags p60 p3h79r8x82 luxury replica bags q65 d2t77m6x92 cheap designer bags replica m95 m9a40b0p11
Post a Comment