Bateri telefon bimbit 5 minit siap!


China adalah negara yang hebat. Bukan sahaja dari segi menciplak (buka semua barang ye) malah dalam acara sukan juga hebat... Sekarang anda boleh mendapatkan gantian untuk bateri telefon bimbit anda dengan hanya menuggu 5 minit sahaja!  Dalam salah satu daerah paling sibuk di Beijing anda akan mendapati banyak kedai menyediakan servis membuat bateri tiruan ini, anytime boleh request.

Di kedai tersebut anda akan menemui koleksi bateri dalam bentuk mentah dan dalam pelbagai saiz. Apabila ditanya, pembuat tiruan ini dengan senang hati akan menunjukkan kepada anda bagaimana sebenarnya mereka membuat bateri dalam masa 5 minit dengan tiga langkah:



Langkah satu: Mereka akan mencari bateri yang boleh sesuai dengan telefon anda. Jika tidak ada yang sesuai, mereka boleh "mengecut atau membesarkan" bentuk bateri tersebut.

Langkah 2: Mereka perlu sesuaikan dengan penyambung (jalur panjang berwarna emas) ke mata tembaga bateri.

Langkah 3: Akhirnya, mereka boleh menambah beberapa sentuhan akhir untuk memastikan bateri muat ke dalam telefon dengan baik.

dan hasilnya..



Sepertimana kita tahu, bateri tiruan telefon bimbit yang dihasilkan oleh kilang2 tiruan di China adalah tidak selamat. Tetapi adakah bateri tiruan jalanan ini selamat? Pembuat bateri tiruan ini yakin yakinbahawa ia selamat dan tidak pernah mengalami sebarang kemalangan dengan puluhan ribu bateri telah dijual. Selain itu, beberapa pembeli juga berkata dalam satu temu bual bahawa ia jarang mendengar tentang bateri tiruan ini meletup. Ia adalah jelas bahawa bateri tiruan ini tidak melalui apa-apa bentuk cek kualiti dan keselamatan. tetapi ia tetap memuaskan dan selamat. Tapi sanggupkah anda menggadai nyawa hanya untuk menjimatkan sedikit wang? Belilah yang ori.. Aku tak sanggup...

Sumber:
http://micgadget.com

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes