Empat buruh asing selamat dalam kebakaran di Bandar Puteri Puchong


Kepulan asap tebal menyelubungi tapak pembinaan di Bandar Puteri Puchong. Kebetulan aku dalam perjalanan ke IOI Mall kira-kira 3.05 minit petang sempat "snap" beberapa gambar di tempat kejadian. Menurut Bernama - Empat buruh warga asing dapat diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat petang tadi setelah terperangkap kira-kira dua jam dalam kebakaran tersebut. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd SaniHarul berkata dua warga Indonesia dan dua warga Myanmar itu, yang berusia dalam lingkungan 30-an, dapat diselamatkan di tingkat dua dalam kejadian 2 petang itu. Beliau berkata bomba menerima panggilan orang awam kira-kira 2.05 minit mengenai kebakaran di bangunan 19 tingkat itu dan menghantar lima jentera dari Puchong, Subang, Cyberjaya, Petaling Jaya dan Shah Alam dengan kekuatan 31 anggota ke tempat kejadian.
  

"Bomba tiba 20 minit kemudian dan dapat mengawal kebakaran setengah jam kemudian. Namun, kebakaran dapat dipadamkan secara keseluruhannya kira-kira 4 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, hari ini. Mohd Sani berkata kesemua mangsa dibawa turun selepas kebakaran dipadamkan dan bomba masih menyiasat punca kebakaran. - Bernama 5 Ogos 2012


Daripada Sumber Metro pula - “Saya panik apabila melihat asap hitam memenuhi bangunan dan cuba berlari turun untuk selamatkan diri, namun sukar kerana asap amat tebal,” kata Asmarah Azmenuzan, 43, pekerja binaan yang terperangkap selama tiga jam apabila sebuah bangunan 19 tingkat dalam pembinaan di Bandar Puteri, di sini terbakar petang semalam. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa bersama tiga lagi rakan sekerja melakukan kerja pembinaan di tingkat sembilan bangunan sebelum berlaku kebakaran di tingkat dua yang menyebabkan asap hitam dan tebal. Menurut Asmarah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia dan baru bekerja di tapak binaan itu selama dua bulan, ketika kejadian berlaku dia berada di tingkat sembilan dan melakukan kerja pendawaian bangunan sebelum berlaku litar pintas.

“Pada masa itu saya membuat kerja pendawaian bersama tiga lagi rakan dan secara tiba-tiba berlaku litar pintas, namun lima minit kemudian asap tebal mula memenuhi bangunan hingga menyesakkan nafas. “Sebaik asap mula memenuhi tingkat tempat saya berada, saya cuba turun, tetapi gagal kerana asap terlalu tebal hingga memaksa saya berlari naik ke atas bumbung bangunan untuk menyelamatkan diri, manakala tiga lagi rakan sekerja tidak tahu lari ke arah mana,” katanya yang ditemui selepas anggota bomba menyelamatkannya semalam. myMetro 6 Ogos 2012

Antara Gambar di tempat kejadian.







Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes