Lawak antara Benua - Lambok

Untuk menghilangkan rasa boring yang ada, aku postkan tentang Kartun Lawak Antara Benua hasil Kartunis Lambok.. Siapa Lambok? Kartunis Lambok ialah kartunis di Malajah Apo? Lukisan dia bersahaja, detail, penuh drama yang tak logik dan memang lawak dia pecah perut...HAHAHA..Tak percaya? sila baca hasil2 lawak yang di hasilkan oleh lambok di bawah.. 


 Opss.. Kat sini aku selitkan sedikit biodata @ artikel mengenai Lambok yang di petik dari berita Harian..


Artikel dari Berita Harian Online

Setiap kali mahu menjana idea untuk berkarya, kartunis ini membiarkan fikirannya nakal dan meliar ketika memerhatikan gelagat manusia dalam menjalani kehidupan harian. Daripada situasi yang mungkin pada pandangan orang lain – biasa saja, imaginasi nakal kartunis ini yang dikenali melalui nama penanya, Lambok, akan mengembang dan menokok tambah cerita hingga menjadi naskhah lucu untuk dipaparkan dalam karya.

Lambok atau Dilfitry Tajudin, adalah kartunis tamu majalah humor terbitan MOY Publication yang cukup popular dengan siri karyanya, Bedtime Stories. Kerjaya pertama Lambok sebaik tamat persekolahan adalah sebagai animator junior untuk produksi animasi, Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Sambil melakukan kerja animasi, beliau turut menghantar karya ke majalah Ujang.

Disebabkan ketika itu, terlalu ramai bakat baru yang mencuba nasib menghantar karya ke majalah itu, penantian Lambok untuk menyaksikan karyanya tersiar di majalah humor popular itu mengambil masa yang panjang. Tidak pernah berputus asa, akhirnya karya Lambok tersiar juga. Sebagai kartunis yang baru berjinak-jinak dalam bidang kartun, soal bayaran bukanlah isu utama sebaliknya apa yang lebih penting, karya garapannya tersiar.

Selepas setahun karya Lambok mendapat tempat di majalah Ujang, beliau akhirnya menerima tawaran berkarya dengan penerbitan itu. Namun, disebabkan masih mahu bergiat dalam bidang animasi, beliau membuat keputusan terus bekerja di Kharisma Pictures hinggalah syarikat menamatkan operasinya.

Lambok kemudian berkarya bersama kartunis Ujang untuk majalah humor, VariaLawak dan Lanun. Ketika bersama Lanun, Lambok dikenali dengan cerita kartun klasik, Hikayat Malim Blues. Karier Lambok terus berkembang di mana mulai 1999, beliau menjadi kartunis bebas dengan MOY Publication untuk majalah Apo?. Kali ini, Lambok tampil dengan siri Bedtime Stories yang pada mulanya memuatkan kisah seram dan misteri yang diselitkan dengan lawak. Kini, Bedtime Stories menampilkan kisah berbeza mengikut imaginasi Lambok.

“Saya berminat kepada cerita mistik dan saya percaya, masyarakat juga ramai yang gemar membaca cerita begini. Minat yang selari dengan kehendak pembaca ini secara tidak langsung memudahkan saya meluahkan idea dalam karya”.

“Tapi, selepas terlalu lama menampilkan genre seram, saya mula bosan lalu memilih untuk menjadikan siri Bedtime Stories sebagai kolum bebas untuk menampilkan karya berbeza-beza,” katanya.

Sambung Baca kartun..













nak baca Lagi??  Beli la sdiri majalah Apo? Haha..

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes