Pokok Bernisan di Kota London

Tom Hardy

Berhampiran gereja St Pancreas di kota London terdapat pokok Ash diberi nama The Hardy Tree, sempena nama penulis terkenal Tom Hardy. Sebelum menjadi penulis novel terkenal seperti Tess of the D’Urbervilles, Far From the Madding Crowd and The Mayor of Casterbridge, Tom Hardy sepertimana juga penulis2 novel yang lain mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menyaraan kehidupan di Kota London. Beliau bekerja sebagai seorang arkitek di Covent Garden yang dinaungi oleh Arkitek Arthur Blomfield. Sepanjang lima tahun dengan Covent Garden, sistem keretapi bagi Kepulauan British telah berubahan dan mengalami yang pertumbuhan pesat. Itulah kejayaan beliau dalam tempoh masa yang singkat. Pada masa yang sama, Gereja lama, St Pancras sebahagian perkarangan akan dirobohkan untuk membuat jalan bagi landasan keretapi yang baru proses pembesaran stesen kereta tapi St Pancreas sekitar 1860-an. Bishop of London telah memberi kontrak untuk kerja-kerja pembinaan ini kepada Blomfield dan beliau memberi tanggungjawab ini kepada anak muridnya, Hardy yang mana ketika itu berumur 25 tahun. 


Beliau diberi tugas untuk memindahkan beberapa kubur lama dari perkarangan gereja St Pancreas ke tempat lain. Selepas selesai proses pemindahan, Hardy tidak sanggup dan merasakan tidak elok membunag begitu sahaja batu nisan lama ke dalam sungai. Maka Hardy pun menyusun batu nisan lama ini dibawah sebuah pokok Ash. Selepas lebih 150 tahun pokok ini masih hidup dan batu nisan yang di susun Hardy masih dalam keadaan yang asal. So artistic.. 









Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes