Banyak kepercayaan yang kita tak tahu di dunia ni. Di Malaysia sendiri kita masih lagi tidak tahu kesemua "ritual2" pelik yang ada.Kalau bagi sesetengah pihak yang taksub dengan kepercayaan dan semangat hidup, mereka percaya orang yang sudah mati boleh hidup semula itu adalah benar. Bagi masyarakat India yang kita maklum mereka percaya akan kelahiran kedua.Berbeza di Indonesia, wilayah Toraja iaitu kawasan Baruppu, Rinding Allo Toraja Utara mempunyai kepercayaan mereka sendiri yang dipanggil Ma'nene (*atau dalam bahsa pasar kita "mak nenek" hahaha)
Apa Ma’nene’? Ritual ma’nene’ adalah upacara meraikan ahli keluarga yang telah mati dengan tujuan mewujudkan rasa kasih dan cinta walaupun roh telah berpisah dari jasad ala2 reunion. Setiap tahun bulan Ogos, ahli keluarga si mati akan menggali semula kubur-kubur si mati yang telah diawet dan mengeluarkan mayat si mati walaupun ada yang hanya tinggal tulang sahaja. Kemudian, mayat si mati akan dibawa ke satu kawasan yang lapang di mana seluruh ahli keluarga sudah pun berkumpul menantikan kehadiran ‘roh baru’. Selepas itu, ahli keluarga yang hidup akan menukarkan pakaian lama si mati dengan yang baru agar kelihatan sehensem sebelum mati dan memperlakukan si mati seolah-olah dia masih lagi hidup. Malah mereka juga akan melakukan perkara yang diluar akal kita kerana mereka akan berbual bersama-sama si mati seperti bertanyakan khabar dan bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing. Kalau si mati tu menjawab, satu kampung lari.. haha~
Ritual seperti ini dilakukan kerana ingin mengekalkan rasa kasih dan sayang dengan si mati serta masih lagi merasakan si mati itu ahli keluarga mereka yang masih hidup. Masyarakat Baruppu percaya, sekiranya mereka menjaga ‘kebahagian’ si mati, si mati juga akan menjaga keamanan dan ketenteraman keluarganya yang masih lagi hidup. Ahli keluarga yang hidup turut percaya, si mati akan menjaga kewangan, hasil tanaman, keadaan rumah tangga yang harmoni akan terjaga sekiranya ritual ma’nene’ itu diamalkan setiap tahun.
Sumber:
http://amekaw.com
http://www.demotix.com
goyard handbags
longchamp bags
hogan outlet online
tory burch shoes
goyard bags
nike air max 2019
james harden shoes
ferragamo belt
adidas yeezy
adidas ultra boost
moncler jacket
christian louboutin shoes
louboutin
balenciaga sneakers
nike max
yeezy boost 350
nike kd 11
yeezys
coach outlet store online
nike epic react
Post a Comment