Tanda-Tanda orang mati dalam keadaan beriman



Mengucap kalimah SYAHADAH

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha Illallah’ nescaya masuk syurga.”

Mati Dalam Keadaan Percikan Peluh Di Dahi

Satu hadis menceritakan bahawa sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib pernah mendengar Rasulullah bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi.”

Mati Di Malam Jumaat Atau Harinya

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur.”

Mati Syahid

Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang berjihad menegakkan agama Allah. Mati Kerana Sakit Taun, Sakit Perut, Ditenggelami Air Atau Ditimpa Kemalangan

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Orang yang mati syahid itu lima, orang yang mati sakit taun, mati sakit perut, mati ditenggelami air, mati ditimpa kemalangan dan mati syahid di medan perang jihad pada jalan Allah.”

Mati Dalam Keadaan Nifas

Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit- birit. Hal ini berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah S.A.W yang bermakud: “Orang yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati syahid, perempuan yang mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati ditenggelami air mati syahid, orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan orang yang mati sakit perut mati syahid.”

Mati Pertahankan Harta Yang Hendak Dirampas

Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas, kerana dinyatakan oleh beberapa hadis. Di antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesiapa yang dicerobohi hartanya dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya, lalu ia mati) maka dia mati syahid.”

Mati Kerana Mempertahankan Agama Dan Nyawa

Di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan siapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darahnya ia mati syahid.”

Mati Kerana Bertugas Di Dalam Perjuangan Islam

Di antara dalilnya ialah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Setiap yang mati ditamatkan amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan perjuangan pada jalan Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah sehingga hari kiamat dan ia akan diamankan dari fitnah kubur.”

Mati Kerana Beramal Soleh

Yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah’ kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga, sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga

Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat. Marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Semoga kematian kita juga di dalam husnul khatimah. Amin. Wallahuallam.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:

1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.



Sumber:
http://ajae7.blogspot.com
http://warisansunankalijaga.blogspot.com

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes