Rusuhan Anti-Jepun di China Semakin Teruk



Post yang lepas kami ada paparkan post mengenai Rusuhan di China iaitu di Kilang canon dan Panasonic. Rupa2nya kami terlupa postkan kenapa berlakunya rusuhan anti Jepun di China. Rusuhan telah berlaku lebih dari 2 minggu ini gara-gara pembelian Kepulauan Senkaku oleh kerajaan Jepun 11 September yang lalu. Kemarahan timbul apabila dipercayai Pulau ini kaya dengan gas dan petroleum. China membantah tindakan Jepun ini kerana mereka merasakan kepulauan Senkaku adalah milik mereka.



Kepulauan Senkaku diambil alih oleh Jepun pada tahun 1895. Sebelum itu ia merupakan kepulauan di bawah Dinasti Ming.  Pulau-pulau ini pada awalnya menjadi kilang pemprosesan Ikan. Namun selepas industri ini gagal pulau ini terbiar sehingga 1940an. Selepas perang dunia ke dua ia menjadi milik Amerika Syarikat  dan hanya dikembalikan kepada Jepun pada tahun 1972. Survey yang dilakukan oleh jabatan geologi Amerika pada waktu itulah yang menjumpai deposit petroleum dan gas di kepulauan ini. Senkaku kemudian dijual kepada keluarga Kurihara oleh leluhur bekas pemilik kilang pemprosesan ikan yang bankrap.


Kerajaan Jepun kemudian menyewa kepualuan ini pada harga Yen 25 Juta setahun untuk tujuan ketenteraan. Penjualan pulau ini oleh keluarga Kurihara kepada kerajaan Jepun pada harga Yen 2.05 Billion benar-benar membuatkan rakyat China berang kerana dianggap mencabar kedaulatan wilayah kepunyaan mereka.


Kebanyakkan produk dari Jepun seperti Toyota, Honda, Mazda, Canon dan lain2 mengalami kerugian teruk dan kedai2 mereka dibakar. Lebih teruk Kenderaan2 yang diguanakan oleh penduduk China sendiri turut dibakar dan hihancurkan jika ianya produk Jepun. Sungguh Sadis...



Sumber:
Blogserius


Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes