Kenapa Syiah Haram (Part 1)


Tahukah anda tentang asal-usul ajaran  Syiah? Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam. Fahaman Syiah dimulakan oleh seorang Kaum Yahudi yang berpura-ura memeluk Islam bernama Abdullah Bin Saba’.


Siapakah Abdullah Bin Saba’ ?

Abdulah bin Saba’ adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman.  Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah ‘Uthman bin Affan radiallahu ‘anhu.  Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri.  Abdullah bin Saba’ pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu ‘anhu:  “Engkaulah Allah”.  Maka Saiyidina Ali karamallahu wajhah mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba’ tetapi ditegah oleh Ibn Abbas.  Penyokong Saiyidina Ali karamallahu wajhah membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba’ orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait iaitu keturunan Rasullah s.a.w.Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba’: “Abdullah bin Saba’ mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)….. dan perbuatannya sangat melampaui batas”. [ Sila rujuk  الشيعة فى التاريخ  Hlm. 213.  Muhammad Husin al-Zain ]

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba’.  Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba’iyah.  Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba’iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan). Beliau juga menyatakan bahawa Abdullah bin Saba’ adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka. 

Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba’. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil. Walaupun golongan  Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang dibawa oleh Ibnu Saba‟ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk pengikut  Syiah sendiri. Lihatlah  kepada at-Thusi, seorang tokoh ulama‟mutaqaddimin  Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi‟.

Bersambung....

Sumber: 
sohoque.com

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes