Kenapa Syiah Haram (Part 2)


Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba‟ adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali  A.S. Semasa beragama Yahudi dia berpendapat Yusya‟ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah s.a.w. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali. Dengan kata lain, punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah Agama Yahudi.


Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syiah” (hal. 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal. 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir  Syiah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal. 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju alMaqal” (hal. 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal.309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal. 184) dan lain-lain.

Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba‟ dan peranannya dalam memecah belahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam “Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal.  50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu Baina al-Firaq” (hal. 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal. 108-109), Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal. 11), at-Tabari dalam “Tarikh alUmam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal. 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah” (Jilid 7 hal. 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal. 289) dan lainlain. (lihat lampiran no. 2).

Dalam penulisan kali ini, pendedahan akan dibuat akan kesesatan Syiah dari sudut aqidah dan syariat. Penulisan ini adalah berdasarkan KITAB-KITAB SYIAH sendiri. Khususnya Kitab Usul Kahfi oleh Muhammad Bin Yaakub Al Kulaini. Puak Syiah menolak hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan kesemua sunan sittah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Bagi Syiah Usul Khafi adalah hadis yang PALING SAHIH. Tetapi pada sudut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kitab tersebut mengandungi hadis palsu ciptaan ulama Syiah.

Bersambung....

Sumber: 
sohoque.com

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes