KUALA LUMPUR 1 Jun - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa terdapat beberapa kesan tompokan dipercayai air mani pada sebuah tilam di bilik peragawati sambilan, Allahyarham Noritta Samsudin. Penolong juruanalisis tempat kejadian Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras, di sini, Inspektor Mohd. Nizam Husain berkata, tompokan-tompokan itu dikesan dengan menggunakan bantuan topeng muka (goggle) warna oren dan alat polylight yang disuluh pada tilam berkenaan. Bagaimanapun, kata beliau, hanya tiga tompokan yang jelas kelihatan dan selepas ditanda, ia telah dipotong lalu dimasukkan ke dalam tiga kotak berasingan.
Menyambung keterangannya, Mohd. Nizam berkata, kira-kira pukul 8.30 malam hari yang sama, Sharul Lalli memanggil beliau semula untuk membuat pemeriksaan terhadap sehelai cadar dan kain selimut. Pemeriksaan menggunakan peralatan yang sama, katanya, mendapati cadar dan kain selimut itu mengandungi beberapa helai rambut, bulu, serat gentian dan habuk. Semasa pemeriksaan balas oleh Sithambaram, saksi itu menyatakan bahawa walaupun ada tompokan lain pada tilam itu, tetapi siasatan mendapati tidak perlu mengambil kesemuanya dan memadai hanya tiga kesan tompokan itu dihantar ke Jabatan Kimia. Sementara itu, saksi pendakwa ke-23, Lans Koperal N. Verasengam berkata, beliau telah diarahkan pergi ke tempat kejadian kira-kira pukul 5.25 pagi, 5 Disember tahun lalu dengan membawa anjing pengesan bernama `Lennox'. Verasengam dari Unit Anjing Pengesan K/9 Pulapol, Jalan Semarak menyatakan, beliau telah diarahkan membuat pengesanan mulai dari pintu rumah tingkat tujuh kondominium itu ke pintu kecemasan lalu menuruni tangga hingga ke tingkat bawah sekali.
Anjing itu, jelasnya, kemudian melalui tepi longkang blok bersebelahan (Blok B) menuju Blok A, melintas jalan hingga ke tepi pagar dan selepas itu pergi ke parkir kereta, berpatah balik ke jalan raya dan terus ke jalan mati. "Sampai di jalan mati itu, anjing saya berpusing-pusing sebab dia telah hilang kesan dan tidak boleh memberi tumpuan,'' katanya. Disoal lagi oleh Roszianayati, saksi itu menyatakan, anjing itu kehilangan kesan kerana kemungkinan wujudnya gangguan oleh anjing-anjing lain di situ. Sewaktu pemeriksaan semula oleh Sithambaram, Verasengam menyatakan, anjing itu membuat pengesanan melalui bau yang tidak diketahui milik siapa dari kawasan lalu lalang di luar unit kondominium terbabit. Saksi pendakwa ke-25, Cecilia Packiam dari Jabatan Kimia, Petaling Jaya pula memberitahu, beliau telah membuat analisis pada dua botol contoh darah Noritta. Sebotol contoh darah itu, katanya, selepas dianalisis didapati mengandungi 0.1 mikrogram per milimeter diphenhydramine, iaitu sejenis anti histamine yang biasa digunakan dalam ubat batuk. "Analisis pada contoh darah yang satu lagi mendapati tiada etil alkohol dikesan,'' kata ahli kimia itu semasa pemeriksaan utama oleh Nahra. Ketika menjawab soalan pada pemeriksaan balas, Cecilia berkata, pemeriksaan darah Noritta dibuat bagi mengesan sama ada terdapat etil alkohol (bahan yang terkandung dalam minimum keras), penggunaan dadah ataupun bahan toksik. Pada prosiding hari ini, pihak pendakwa turut memanggil enam saksi lain termasuk dua pembantu perubatan di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, dua jurugambar polis dan Ketua Unit Serologi dan DNA Jabatan Forensik, Primula Pathijaya. Rakan serumah Noritta, Nor Azora Abdul Hamid turut kelihatan bersendirian di pekarangan mahkamah sejak pukul 11.50 pagi, sebelum ditemani oleh seorang kenalan lelaki dan dua wanita pada sebelah petang.
Nor Azora yang keterangannya ditunggu-tunggu dijangka dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bersambung esok.
Sumber:
Arkib online Utusan
air jordan shoes
http://www.raybanglasses.in.net
adidas neo
nike air zoom pegasus 32
skechers go walk
lacoste outlet
adidas superstar UK
true religion jeans
retro jordans
fitflops sale
adidas nmd
kobe shoes
jordan shoes on sale
tiffany and co jewelry
air max thea
adidas stan smith women
tiffany jewelry
http://www.chromehearts.us.com
christian louboutin shoes
ralph lauren online,cheap ralph lauren
nfl jerseys wholesale
ralph lauren online
louis vuitton handbags
michael kors handbags clearance
nike zoom
fitflops
jordan retro
Post a Comment