Kes Berprofil Tinggi : Pembunuhan Norritta Samsuddin Part 7



Hanif Basree Abdul Rahman adalah orang terakhir yang melakukan hubungan seks dengan eksekutif pembangunan perniagaan Noritta Samsudin berdasarkan kesan air mani yang terdapat pada kapas pengesat di faraj mangsa, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu, Khamis. 

Ahli kimia forensik Lim Kong Boon dari Jabatan Kimia Petaling Jaya berkat, berdasarkan keputusan DNA yang diperoleh daripada bekas campuran air mani pada kapas pengesat di faraj Noritta, ia menunjukkan penyumbang utamanya ialah orang terakhir yang mengadakan hubungan jenis dengan mangsa.  Analisis DNA yang dibuat oleh Lim menunjukkan bahawa Hanif Basree merupakan penyumbang terbesar kepada campuran air mani berkenaan (60-70 peratus), Noritta 20-25 peratus dan seorang lelaki yang tidak dikenali, 10-15 peratus. 

"Profil DNA yang diambil daripada DNA ekstrak sel sperma daripada bekas air mani pada kapas pengesat yang dilabel sebagai "kapas pengesat faraj kandungan tinggi" mengandungi profil DNA campuran yang menunjukkan ia disumbangkan oleh sekurang-kurangnya tiga individu," kata beliau. 

Lim berkata demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan Hanif Basree, 36, jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di unit D-7-1, Puncak Prima Galleria Condominium, di Jalan 17, Sri Hartamas di sini, antara 1.30 pagi dan 4 pagi 5 Dis 2003.


Sumber:
ARKIB UTUSANONLINE  

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes