Kesedihan Rasullah s.a.w Terhadap Kita



Pada hari Jumaat yang mulia dan penghulu segala hari ini, aku ingin berkongsi sedikit cerita tentang kesedihan Rasulallah mengenangkan umatnya. Pada suatu hari, Saiyidina Ali mencari Baginda Rasul dan puas dia pergi ketempat-tempat yang boleh bertemu Rasullullah s.a.w. tetapi tidak diketemunya juga. 

Akhirnya Saiyidina Ali teringat sebuah gua dimana Rasullullah s.a.w.sering menyendiri...disana diberi salam dan salamnya dijawab oleh Rasullullah s.a.w., lalu dijemput masuk.Ditemui akan Saiyidina Ali. Rasulullah s.a.w. didalam keadaan yang amat sedih. Maka ditanya Saiyidina Ali, apakah punca yang menyebabkan Baginda begitu bersedih. Baginda terlalu hiba untuk menjawab tetapi mengisyaratkan Saiyidina Ali melihat dihujung gua itu, dan agar memberitahu Rasulullah apa yang dilihatnya. Saiyidina Ali pun berjalan kehujung gua, dan didapatinya seekor merak yang tersangat cantik, bulunya berkilat-kilat tetapi alangkah buruknya perangainya yang sedang asyik memakan bangkai. Saiyidina Ali cepat-cepat beredar mendapati Rasulullah dan menceritakan apa yang telah dilihatnya. 

Sabda Rasullullah, "itulah yang amat menyedihkan aku; yang engkau lihat tadi ialah umat ku diakhir zaman, mereka hidup didalam serba kemewahan berbanding dengan kita, rumah besar dan cantik, mereka mewah dengan pakaian dan harta tetapi mereka ibarat merak yang suka memakan bangkai...mereka menyeru kepada yang mungkar, dan melarang kebaikan,mereka hidup dengan rezki yang haram, sehingga yang baik dia terima sebagai buruk, dan yang buruk dianggap baik. Begitulah rendahnya iman mereka. 

Kemudian Baginda mengarahkan Saiyidina Ali pergi kehujung yang bertentangan pula. Maka Saiyidina Ali k.w. pun beredar kehujung gua sebelah sana, dan beliau mendapati seorang abid yang duduk dengan penuh khusyu' beribadah dan tidak menghiraukan sekelilingnya. Beliau dengan segera mendapatkan Rasulullah s.a.w. untk bertanyakan maksud yang dilihatnya tadi. Sabda Rasulullah s.a.w., " bukan semua umat ku diakhir zaman hidup dengan mewah dan melupakan Allah; ada juga yang menghabiskan usianya semata-mata dengan beribadah kepada Allah, seolah-olah menghendaki syurga itu hanya menjadi miliknya sahaja. Ia tidak menyampaikan seruan Islam kepada semua, walaupun ia telah dikurniakan ilmu oleh Allah. 


Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes