Membeli 2000 Family Bucket Meal Untuk Mogok



Seorang lelaki di Wuhan, China sanggup membelanja sebanyak Yuan Yuan 140 000 (RM 67,000 ++) dengan memesan 2000 Family Bucket Meal semata2 untuk melakukan demo kerana tidak puas hati dengan tahap kebersihan cawangan KFC ini. Menurut laporan media China, Encik Yang  Beliau dikatakan ternampak seorang pekerja meyediakan sebuah burger tanpa menggunakan sarung tangan, pentutup mulut dan sarung rambut. Beliau terus bertemu pengurus restoran dan memarahi pengurus tersebut kerana tidak menjaga tata tertib kebersihan pekerjanya. Pengurus KFC tersebut meminta maaf atas kesalahan pekerjanya tetapi Encik Yang mahukan pampasan berupa 20 hidangan Family Bucket Meal. Tetapi tuntutan gilanya tidak dilayan. Tujuan beliau berdemo adalah untuk "menyelamatkan penguna lain dari memakan makanan yang tidak bersih".


Beliau kemudian menyusun Family Bucket Meal yang beliau beli di hadapan pintu restoran dan sebagai amaran kepada orang ramai supaya tidak makan di restoran yang kotor ini.Pada 4 SEPTEMBER (oh sungguh lambat post tentang ini) pada kira-kira 08:00 am, Yum Brands KFC, China secara rasmi memberi respon kepada apa yang telah berlaku dan kepada tindakan Encik Yang. Mereka akan mengikut segala prosedur penyediaan makanan dan akan mengenakan peraturan ketat kepada semua pekerja.
 




Sumber:
http://www.chinasmack.com

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes