Dulu kartun kegemaran semasa kecil adalah Popeye dan kami memang percaya kalau makan bayam a.k.a spinach akan jadi segagah popoye. Lain pula cerita seorang ahli bina badan kelahiran Mesir, Moustafa yang diiktiraf memiliki bisep terbesar di dunia dengan ukuran 78.7 sentimeter. Beliau menggelarkan dirinya popoye tetapi agak pelik disitu kerana apa yang membezakan beliau dengan popeye ialah, Popeye mempunyai otot yang besar di lengan dan beliau otot yang besar di bisep dan juga beliau tidak gemar sayur bayam, sebaliknya dia memakan sehingga 1.5 kilogram ayam, 0.5 kilogram daging atau ikan dan empat cawan almond bersama sembilan liter air dan tiga liter bancuhan protein. ok. back to the story, beliau berumur 24 tahun telah menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlatih mengangkat berat dua kali sehari bagi membentuk otot di pangkal lengannya.
Disiplin itu membolehkan Moustafa memiliki bisep yang sama besarnya dengan ukur lilit pinggang lelaki dewasa. Disebabkan komited dengan aktiviti bina badan, Moustafa membawa semua ahli keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) bagi memudahkan dia menggunakan peralatan lebih baik. Kata Moustafa, ramai mendakwa mereka terkenang kepada Popeye setiap kali melihatnya. “Saya hanya ketawa dan berpendapat, lengan saya lebih besar daripada Popeye,” katanya. Moustafa berkata, dia memulakan aktiviti bina badan 10 tahun lalu dalam usahanya mengekalkan kecergasan. Selepas sering mengunjungi gimnasium, katanya, dia menerima banyak pujian mengenai bisepnya. “Justeru, saya menumpukan aktiviti latihan kepada bisep dan membentuknya menjadi lebih besar,” katanya.
Lima tahun lalu Moustafa gagal dipilih menyertai pasukan bina badan Mesir. Kegagalan itu mendorong dia berhijrah ke AS. Walaupun mengakui mengambil bancuhan protein untuk membentuk badannya, Moustafa berkata, keupayaannya itu juga dipengaruhi genetik bapanya - seorang ahli gusti Mesir. Setiap hari, Moustafa berlatih dari jam 5 pagi hingga 8 pagi dengan tumpuan diberikan kekuatan jantung serta pembentukan fizikal. Jika tidak berada di gimnasium, Moustafa menguruskan dua stesen minyak miliknya di Massachusetts. Kata Moustafa, latihan fizikal membolehkan dia fokus dalam setiap apa yang dilakukan. “Pada masa sama, anda boleh melihat bagaimana fizikal anda berubah,” katanya. Bisep Moustafa kini disahkan sebagai paling besar dan namanya muncul dalam Buku Rekod Dunia Guinness 2013 yang dilancarkan di London, semalam
Sumber:
http://www.hmetro.com.my
http://www.dailymail.co.uk
air jordan shoes
http://www.raybanglasses.in.net
adidas neo
nike air zoom pegasus 32
skechers go walk
lacoste outlet
adidas superstar UK
true religion jeans
retro jordans
fitflops sale
adidas nmd
kobe shoes
jordan shoes on sale
tiffany and co jewelry
air max thea
adidas stan smith women
tiffany jewelry
http://www.chromehearts.us.com
christian louboutin shoes
ralph lauren online,cheap ralph lauren
nfl jerseys wholesale
ralph lauren online
louis vuitton handbags
michael kors handbags clearance
nike zoom
fitflops
jordan retro
Post a Comment