Kes Berprofil Tingggi Sejak 1982



Malaysia tidak terlepas daripada mempunyai kes2 yang berprofil tinggi. Ada diantara kes2 yang berlaku kadang kalanya mempunyai pengaruh politik yang kuat. Sebelum ini kami ada paparkan Kes Mona Fendi secara terperinci, iaitu pembunuhan Datuk Mazlan (ADUN Batu Talam) dari Part 1 hingga part 25. Masih banyak lagi kes yang kami berminat untuk dihuraikan. Di bawah antara kes yang berprofil tinggi yang berlaku dari 1982. Jika ada masa dan sumber yang best kami akan postkan secara spesific setiap kes.

PEMBUNUHAN DATUK S.KRISHNASAMY

Beliau merupakan seorang ADUN TENGGAROH (MIC). Di tembak mati ketika di dalam lif. tembakan dari belakang leher menyebabkan beliau mati serta merta pada 11 JAN 2008. Pernah menerima ugutan bunuh melalui penggilan telefon. Namun, apa yang menyedihkan pembunuh masih bebas di luar sana walaupun 13 orang ditangkap tetapi dibebaskan kerana tiada bukti kukuh.

PEMBUNUHAN DATUK MOHAMED TAHA TALIB

Kes ini cukup menggemparkan apabila bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim dituduh membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamed Taha Talib 28 tahun lalu. Beliau ditangkap polis dan didapati bersalah. dijatuhkan hukuman mati. Rayuan beliau ditolak. Namun selepas bekas Perdana Menteri, Tuanku Abdul Rahman menulis surat peribadi dengan disertai sokongan petisyen orang ramai Yang DiPertuan Agong meringankan hukuman kepada penjara seumur hidup di Penjara Pudu. Kemudian dibebaskan atas perkenan Yang DiPertuan Agong SultanAzlan Shah pada tahun 1991 dan tamat tempoh penjara pada 1995. Tempoh perbicaraan selama 75 hari, perbicaraan kedua terpanjang selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim.

PEMBUNUHAN HASLEZA ISHAK

Kes ini menarik perhatian ramai sebab ada kaitan engan kerabat diraja. Hasleza merupakan isteri kedua Raja Dihilir Perak. Mangsa dicampakkan dari jambatan setinggi bangunan 5 tingkat. Tindakan tersebut sama ada sebelum kematian atau selepas adalah kejam.

PEMBUNUHAN CANNY ONG LAY KIAN.

Canny menjadi mangsa lelaki GILA SEX.Canny diculik di pusat membeli belah ketika mengambil tiket kereta yang tertinggal di dalam kereta di tingkat bawah tempat letak kereta Pusat Membeli Belah Bangsar. Apa yang memilukan mangsa dirogol kemudian dibunuh dengan kejam dan dibakar di dalam sebuah lubang. Tertuduh menikam perut mangsa selepas merogol mangsa antara pukul 1 hingga 5 pagi pada 14 Jun 2003. Mangsa dibakar di dalam sebuah lubang.malah mayat mangsa ditutup dengan papan penanda jalan dan 2 tayar bersimen.. sebelum menutup dengan sekeping papan.. ketika mayat ditemui, mayat didapati putus antara bahagian badan dan kaki... bahagian luar kemaluan mangsa turut dibakar. Pada 23 Februari 2005, Ahmad Najib dihukum gantung sampai mati atas tuduhan membunuh dan penjara maksimum 20 tahun serta 10 sebatan atas tuduhan merogol Canny.

Masih banyak kes yang belum kami listkan.. tetapi apa yang paling menarik minat ada kes Al-Tantuya. Bagaimana kesudahannya?

Sumber:
Harian Metro via http://intanberlian87.blogspot.com

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes