Maut Selepas Terjunam Kedalam Sungai




Seorang ibu muda meninggal dunia apabila kereta yang dipandu beliau terjunam 20 kaki ke dalam sungai. Kejadian berlaku semasa Namara Whisker, 22, memandu BMWnya selepas pulang berpesta bersama rakan-rakannya. Kemalangan tersebut berlaku awal pada hari Sabtu lepas. Keretanya yang cuba mengelak kenderaan yang lain hilang kawalan terbabas , terbalik dan kemudian jatuh ke dalam Sungai Avon, New Zealand. Sekurang-kurangnya enam pegawai polis menyelam ke dalam sungai untuk aktiviti menyelamat. Empat orang yang bersama2 Whisker dapat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan, tetapi Whisker, yang baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata dua bulan yang lalu, telah terperangkap dan meninggal di tempat kejadian. Seorang lelaki berumur 33 tahun didakwa kerana memandu dengan bahaya dan menyebabkan kematian. Beliau juga dituduh mabuk ketika memandu dan memandu tanpa insurans atau lesen. Beringatlah kemalangan sentiasa meragut nyawa. Pandu Cermat, jiwa selamat. Tapi jangan too slow, kerana memandu perlahan di lorong paling kanan juga boleh membawa maut!




Sumber:
http://www.dailymail.co.uk

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes