Rumah Api Nuklear Rusia


Kami sangat sukakan tempat2 tinggalan yang di tinggalkan dengan penuh sejarah. Kali ini mengenai Rumah Api Nuklear di Rusia. Semasa era pemerintahan Soviet Union, mereka telah memutuskan untuk membina rumah api untuk membimbing kapal kargo mereka yang melalui malam gelap di kutub pantai Utara Rusia yang terletak di dalam Polar Circle. Mereka telah membina rumah api tersebut sejauh beratus2 kilometer dari kawasan penduduk dan rumah api tersebut dikuasakan oleh tenaga nuklear. Jadi, reaktor khas yang kecil dan ringan dibuat untuk dihantar ke Polar Circle dan akan dipasang di rumah api. Reaktor yang kecil itu dapat bertahan dan meghasilkan tenaga selama bertahun-tahun dan tidak memerlukan penjagaan rapi daripada manusia. Hebat bukan? Kemudian, selepas kejatuhan Soviet Union, rumah api tersebut masih berfungsi untuk beberapa tahun dan ditinggalkan begitu sahaja. Kebanyakannya spelawat yang datang kesana adalah untuk mencuri besi2 buruk untuk dijual tanpa mempedulikan kesan radiasi di tempat itu atau mungkin juga tidak tahu makna "Bahaya Radioaktif". Disebabkan golongan memcari besi buruk ini telah memecahkan reaktor kecil rumah api tersebut, kawasan sekitar telah dijangkiti radiasi tetapi masih belum di tahap yang bahaya. 











Sumber: 
http://izismile.com

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes