Yash Chopra Meninggal Dunia



PENGARAH paling berpengaruh di India, Yash Chopra, 80, meninggal dunia akibat demam denggi di Mumbai, semalam. Selama lebih lima dekad, Yash Chopra, yang bergelar Raja Romantik menyumbang anugerah ‘blockbuster’ Bollywood. Studio filem Chopra membantu menaikkan nama-nama besar seperti Amintabh Bahchan dan Shah Rukh Khan. Dalam kenyataannya, Perdana Menteri India, Manmohan Singh menyifatkan Yash sebagai “ikon industri filem India.” Yash akan dikenang sebagai seorang lelaki di sebalik beberapa filem Bollywood yang paling ramai penonton, bukan sahaja di India tetapi di seluruh dunia, menurut Rajini Vaidyanathan dari BBC Mumbai. Menurut Dr Prakash Jiyavani, Yash yang meninggal dunia di Hospital Lilavati Mumbai semalam sebenarnya turut menderita penyakit buah pinggang.

“Ia adalah berita yang menyedihkan Yash tiada lagi di kalangan kita," kata salah seorang kawan rapat kepada keluarga itu, Ammit Khanna yang merupakan pengerusi Reliance Big Entertainment kepada agensi berita AFP. Penyanyi Lata Mangeshkar berkata: "Dia membuatkan saya menyanyi dalam semua filem beliau. Beliau seorang yang baik hati dan gembira... Malah apabila dia marah, dia hanya diam." Yash memulakan kerjaya filemnya dengan bekerja untuk saudaranya sebelum menubuhkan Yash Raj Filem dan menghasilkan lebih daripada 40 filem - 12 daripadanya diarahkan oleh beliau sendiri. Antara yang mendapat sambutan ialah Deewar (Wall), Dil To Pagal Hai (Heart Is Mad) dan Chandni (Moonlight). Pada hari lahirnya bulan lepas, katanya, Jab Tak Hai (Till A Am Alive) - yang akan ditayangkan bulan depan akan menjadi filem terakhir arahannya. -sinarharian-

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes