Gaza - Hari Kelima Serangan Israel Laknatullah

Kepulan asap dilihat di stesen televisyen Al-Aqsa selepas dibedil Israel. - Foto AP

Gaza: Angka korban penduduk Gaza meningkat kepada 64 semalam selepas serangan Israel pada hari ke-5 menyebabkan enam warga Palestin maut, empat daripadanya kanak-kanak. Ketika usaha mewujudkan gencatan senjata berjalan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membayangkan tenteranya mungkin memasuki Gaza atas alasan mahu menghentikan serangan roket pejuang ke negara Yahudi itu. Tiga mangsa termuda ialah Tamer Abu Sefan, 3, adiknya, Jumana yang berusia 18 bulan dan Iyyad Abu Khusa, 1. Serangan peluru berpandu terhadap kem pelarian Shati pula membunuh Tasneem al-Nahal, 13, dan seorang lagi anggota keluarganya. Ketika diplomat kanan Perancis, Laurent Fabius tiba untuk mengadakan gencatan senjata, Israel meneruskan serangan.

Pesawat tempur Israel membedil dua stesen televisyen, al-Aqsa dan al-Quds menyebabkan sekurang-kurangnya lapan wartawan cedera, seorang daripadanya kehilangan sebelah kaki. Pejuang Palestin sehingga ini melancarkan 33 roket sejak tengah hari semalam, lima daripadanya dipintas sistem pertahanan Israel. Sehubungan itu, Netanyahu sebelum menemui Fabius berkata: Kami hukum Hamas dan pertubuhan pengganas lain yang memberi ancaman. Tentera sedia memperluas operasi. Sehingga ini, tentera menyerang lebih 1,000 sasaran pengganas di Gaza dan meneruskan usaha itu. Setiausaha Luar Britain, William Hague pula mendesak Israel supaya tidak meningkatkan lagi konflik dengan menghantar tentera masuk ke Gaza. Perdana Menteri (David Cameron) dan saya menekankan bahawa sebarang langkah masuk ke Gaza akan menyebabkan Israel kehilangan sokongan dan simpati antarabangsa, kata Hague kepada Sky News. 



Agensi
Berita Harian 19/11/2012

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes