KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa berdepan cemuhan rakan dan keluarga apabila mukanya digunakan di sebuah laman sosial yang mempromosikan khidmat seks. Bukan itu saja, gambar mukanya itu turut diubah suai menggunakan teknik ‘super imposed’ bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 20, mengetahui mengenai laman sosial terbabit sejak Mei tahun lalu, namun tidak menyangka ia berlarutan. “Saya diberitahu rakan mengenai laman sosial terbabit yang menggunakan gambar muka saya dan melaporkannya kepada pengurusan laman sosial itu.
“Selepas itu, saya tidak lagi dapat melihat profil berkenaan yang menggunakan nama ‘Jessy Srikembangan’ dan menganggap ia sudah dikenakan tindakan oleh pengurusan laman sosial terbabit,” katanya ketika sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam. Tetapi, dia sekali lagi dihubungi rakannya pada Ogos lalu dan bertanya sama ada dia terdesak memerlukan wang kerana terjumpa laman sosial menawarkan perkhidmatan seks menggunakan gambarnya. Katanya, dia membuat siasatan sendiri dan menemui profil ‘Jessy Srikembangan’ serta ‘Lisa Carino’ yang menggunakan gambar wajahnya.
“Saya menghubungi nombor telefon yang disertakan di satu daripada profil berkenaan menggunakan SMS dan mereka memberikan nombor akaun bank atas nama ‘Jessy Ling Kok Diong’ sebelum meminta saya memasukkan wang ke akaun itu. “Kini saudara-mara saya juga mengetahui mengenai profil berkenaan selepas rakan-rakan memasuki profil itu,” katanya. Wanita berasal dari Shah Alam itu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam sebelum mendapatkan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA bagi membersihkan namanya. Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Seri Michael Chong berkata, ini kes pertama diterima pihaknya menggunakan modus operandi berkenaan.
“Ini cara penipuan baru digunakan sindiket untuk mengaut keuntungan segera dengan menggunakan maklumat peribadi serta gambar individu lain. “Kami serahkan pada polis menyiasat perkara ini supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.
Moral: Kepada gadis2 di luar sana, beingatlah sebelum letak gambo2 anda.. Fikir panjang sikit ye.
Sumber:
Harian Metro
26/12/2012
hollister uk
coach outlet online
hermes belt for sale
toms outlet
dallas cowboys
ralph lauren outlet
nike air huarache
oakley sunglasses wholesale
oakley sunglasses wholesale
mont blanc pens
thomas sabo outlet
tiffany outlet
cleveland cavaliers
gucci,borse gucci,gucci sito ufficiale,gucci outlet
ugg outlet store
karen millen uk
true religion canada
1112minko
20160323 junda
timberland boots
mcm outlet
nike blazer
true religion
michael kors outlet
ralph lauren pas cher
supra shoes
kate spade outlet
christian louboutin uk
cheap oakley sunglasses
converse uk
adidas shoes uk
coach outlet
supra for sale
michael kors outlet online
nike roshe run women
fitflops outlet
michael kors outlet
under armour outlet
converse trainers
christian louboutin outlet
christian louboutin uk
rolex watches
babyliss pro
coach factory outlet
valentino shoes
calvin klein outlet
oakley sunglasses
fitflops sale clearance
burberry outlet
kate spade outlet
louis vuitton pas cher
fitflops
louis vuitton outlet
nike free runs
babyliss flat iron
ed hardy outlet
running shoes
coach factory outlet
louis vuitton borse
Post a Comment