Stallone layan kerenah anak



DIA mungkin terkenal kerana melakonkan watak lelaki sasa, tetapi Slyvester Stallone tidak dapat melawan rayuan manja lirikan mata anak perempuannya. Sophia Rose, 16, menghabiskan masa sepanjang tengah hari membuatkan bapanya keletihan menunggu di sebuah kedai kasut dan bapa kepada lima anak itu kelihatan benar-benar lesu.


Sophia duduk di atas riba bapanya ketika memikirkan kasut tumit tinggi mana yang akan dibelikan bapa untuknya. Stallone yang kelihatan muram, mungkin bosan dengan kerenah anaknya dalam kunjungan beli-belah di Los Angeles yang bagai tiada kesudahan itu. Bintang Rocky itu kemudian dilihat membelek kaca mata hitam, barang kali ingin menyembunyikan matanya kalau-kalau dia terlena di kedai berikutnya.


Sementara itu, Stallone yang berlakon dalam filem 'The Expendables 2' baru-baru ini akan menyertai peninju heavyweight, Vladimir dan Vitali Klitschko di Hamburg untuk versi muzikal filem klasik Rocky 1976. Dalam satu kenyataan Stallone berkata: "Saya sangat gembira. Memang hebat adik-beradik Klitschkos turut ada dan mereka melahirkan sesuatu yang pertama di planet ini. Saya bangga dengan kamu. Saya bangga dengan Hamburg. Terima kasih!"


Dalam kenyataan sama Vitali menambah: "Slyvester Stallone adalah Pope Rocky. Tanpa Stallone, tiada apa yang berlaku. Dia telah melahirkan idea dan kami sangat seronok dalam kerjasama ini. Kami yakin persembahan itu akan berjaya."  Kombinasi aneh nyanyian, tarian dan tinju akan dipindahkan ke Broadway pada tahun depan.

copy paste dari;
Harian Metro

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes