Peristiwa Sebenar 13 Mei 1969?


Kita selalu diberi input sejarah yang salah? Sejarah tentang 13 Mei 1969 yang kita dapat tidak betul? Banyak persoalan yang timbul. Isu perkauman berdarah ini telah melibatkan ratusan nyawa, tetapi kebenaran masih disembunyikan? Lihat guna mata, fikir2lah guna mata hati. 

Dalam satu ceramah di Johor semalam, anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Tamrin Ghaffar Baba itu menyebut bahawa Lim Kit Siang tidak berada di Kuala Lumpur ketika pergaduhan 13 Mei 1969. UMNO sengaja membuat tuduhan semata-mata untuk takutkan orang Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam yang juga anak kedua bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba mendakwa insiden itu berlaku kerana adanya percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang oleh pemimpin UMNO, termasuk Dr Mahathir Mohamad.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pergerakan Pemuda UMNO, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin UMNO dan Mahathir terbabit,” ujar Tamrin dalam dua ceramah di Gelang Patah, semalam.

Tunku (Abdul Rahman) telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja diadakan pemimpin UMNO yang kemudiannya menyalahkan DAP dan kaum Cina.

*** Lihat Video untuk lebih lanjut
*** Sekadar berkongsi, orang yang bijak pandai menilai.

Sumber:

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes