Janganlah Bersedih, Ada Hikmahnya


Minggu ini adalah minggu yang sangat mengingatkan kami tentang mati. Mati itu pasti dan adakah kita bersedia menghadapinya? Dalam seminggu sahaja 3 kenalan meninggal dunia dan jiran sekampung ditimpa musibah, rumah mereka terbakar, hangus... hanya tinggal sehelai sepinggan. Tiada lagi senyuman yang terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Sangat-sangat gelap untuk kita.

Janganlah bersedih...

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.


Hikmah 1: Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Adakalanya kita ter”lemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.

Kerana Allah swt sangat SAYANG pada kita, kerana Allah swt sangat CINTA kepada kita, maka Dia tidak sanggup melihat kita terus lemas di dalam dunia. Lantas, dengan kasih sayangNya, Dia terus menarik kita. Bukan untuk merosakkan kita, tetapi untuk menyelamatkan kita. Salah satu caranya ialah, dengan memberikan kita musibah. Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka. Zikirnya tidak lagi leka. Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.

Hikmah 2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.

Allah swt itu jauh sekali daripada sifat zalim. Allah swt tidak pernah akan menzalimi hamba-hamba yang dicintaiNya. Sedangkan, manusia lah yang menzalimi dirinya sendiri. Manusia menzalimi dirinya sendiri dengan mengingkari perintah-perintah Allah swt. Allah swt perintahkan solat, bukan kerana mahu membebankan manusia. Sedangkan Allah swt memerintahkan solat kerana CINTANya pada manusia. Allah swt perintahkan agar kita menutup aurat, juga kerana Dia cintakan kita. Allah swt perintahkan kita menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita, juga kerana cintaNya pada kita. Setiap syariat Allah swt itu adalah kerana cintaNya Dia pada kita. Apabila setiap syariat diikuti, ia akan membuahkan hasil dan manfaatnya untuk manusia. Apabila seorang wanita menjaga auratnya, maka dia tidak akan menjadi punca yang menaikkan nafsu berahi lelaki, dan dia juga akan terselamat daripada zina . Apabila seorang lelaki menundukkan pandangannya pada wanita dan wanita juga membuat perkara yang sama, maka tidak akan ada suami atau isteri yang curang kepada pasangannya.

Apabila manusia mula meninggalkan syariat, maka dia akan menzalimi dirinya sendiri dan orang lain. Adakalanya, kita tidak perasan akan perkara-perkara ini. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.

Hikmah 3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita


Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

Kasihnya Allah swt kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah swt akan mengganjari kita dengan syurga. Pelajarilah sabar daripada kisah Nabi Ayyub a.s. Allah swt telah matikan anak-anaknya..tetapi baginda masih bersabar. Allah swt telah hancurkan harta bendanya..namun baginda masih bersabar. Allah swt telah uji dengan penyakit..tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah swt uji dengan kejian dan cemuhan masyarakat, tetapi baginda masih bersabar. Dan akhir sekali, isteri yang dicintainya juga turut pergi meninggalkannya..tetapi baginda masih lagi bersabar.


Namun, kerana kesabaran baginda, selepas daripada semua musibah itu, Allah swt telah mengurniakannya harta yang melimpah ruah. Allah swt telah memberikan anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Nabi Ayub a.s telah membuktikan CINTAnya kepada Allah swt. Dalam keadaan susah mahupun senang, baginda tetap setia dengan CINTAnya kepada Allah swt. Jika hendak dibandingkan musibah yang Allah swt berikan kepada kita dengan musibah yang Allah berikan kepada Nabi Ayub a.s, apalah sangat musibah yang sedang kita alami. Seharusnya, musibah ini akan membuatkan kita lebih sedar akan CINTAnya Allah swt kepada kita dan kita sebagai hambaNya, lebih-lebih lagi wajib mencintaiNya.

Hikmah 4: Allah swt ingin meningkatkan iman kita kepadaNya

Iman itu adalah yakin. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanyalah Allah swt Tuhan yang layak disembah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah swt tempat meminta pertolongan. Sebagaimana yang sering kita baca di dalam solat kita. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al Fatihah: 5)

Seandainya kita benar-benar yakin dengan janji-janji pertolongan Allah swt, apabila ditimpa sebarang musibah, maka kita akan meningkatkan usaha untuk beramal dengan amalan-amalan yang ada janji-janji Allah. Seperti dengan solat, Allah swt janjikan pertolongan (Al Baqarah:45). Orang yang bersolat tidak akan menjadi orang yang berdukacita (Al Baqarah:277). Dengan menjaga solat, Allah swt janjikan kemurahan rezeki (Taha:132). Dengan khusyu dalam solat, Allah janjikan kejayaan.(Al Mukminun:1-2)

Apabila ditimpa musibah, dekatkanlah diri dengan Allah swt sebanyak mungkin. Banyakkan istighfar. Usahakan agar solat dikerjakan dengan penuh khusyu’ dan khudu’. Banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Berzikirlah dengan penuh tawajuh dan sungguh-sungguh, nescaya Allah swt akan memberikan kekuatan kepada hati. Dan yang terakhir sekali, banyakkanlah berdoa. Terutamanya, pada waktu-waktu doa paling mustajab seperti di bahagian akhir malam. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, Allah swt akan tunjukkan jalan keluar dan selesaikan masalah tersebut. Apabila seorang mukmin mengaku bahawa dia beriman kepada Allah swt, maka pasti dan pasti imannya akan diuji. Dan apabila seorang mukmin BERJAYA melepasi ujian tersebut, maka Allah swt akan naikkan darjatnya. Imannya akan meningkat. Yakinnya pada janji-janji Allah swt akan meningkat. Justeru, amalnya juga akan turut meningkat. Dan Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menzahirkan kenikmatannnya yang mencurah-curah. Allah swt akan berikan kepadanya nikmat ketenangan dan kebahagian yang lebih indah daripada kehidupan sebelum musibah tadi.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)


Jadi..Janganlah bersedih...ada hikmahnya..Insyaallah..

Sumber:
facebook

Share this:

ninest123 Ninest said...

ninest123 12.23
nike free pas cher, hogan outlet, nike trainers, north face, hollister, mulberry, vans pas cher, air jordan, nike blazer, vanessa bruno, louboutin, nike air force, polo lacoste, air max, timberland, abercrombie and fitch, true religion jeans, michael kors outlet, sac longchamp pas cher, polo ralph lauren, longchamp, true religion jeans, nike tn, lululemon outlet online, nike roshe run pas cher, michael kors pas cher, oakley pas cher, nike free, michael kors uk, air max pas cher, true religion outlet, sac hermes, ray ban sunglasses, hollister, ralph lauren, ray ban pas cher, coach purses, michael kors, true religion outlet, air max, nike roshe, new balance pas cher, north face, sac guess, sac burberry, coach outlet store online, converse pas cher, replica handbags, nike air max, nike huaraches

ninest123 Ninest said...

louis vuitton, air max, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, burberry outlet, uggs, cheap uggs, michael kors outlet, christian louboutin, tiffany and co, prada outlet, louis vuitton outlet stores, ray ban sunglasses, cheap oakley sunglasses, longchamp handbags, uggs outlet, tiffany and co, nike shoes, tory burch outlet, ray ban sunglasses, longchamp handbags, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, michael kors outlet, michael kors outlet online sale, chanel handbags, michael kors outlet, louis vuitton handbags, air max, louboutin outlet, burberry outlet, oakley sunglasses cheap, ugg outlet, louboutin, michael kors outlet, prada handbags, louis vuitton outlet, polo ralph lauren, nike free, replica watches, ugg boots clearance, michael kors outlet, louboutin shoes, jordan shoes, rolex watches, oakley sunglasses, louis vuitton outlet, gucci outlet, longchamp outlet

ninest123 Ninest said...

converse, mcm handbags, reebok outlet, bottega veneta, p90x, chi flat iron, hollister clothing store, ray ban, jimmy choo outlet, lululemon outlet, nfl jerseys, iphone 6s cases, soccer jerseys, wedding dresses, louboutin, babyliss pro, beats by dre, north face outlet, ferragamo shoes, gucci, abercrombie, instyler, iphone 6s plus cases, asics running shoes, celine handbags, abercrombie and fitch, iphone 5s cases, ghd, vans, valentino shoes, air max, oakley, ipad cases, giuseppe zanotti, new balance shoes, herve leger, timberland boots, air max, baseball bats, iphone 6 cases, birkin bag, s6 case, ralph lauren, nike roshe run, north face jackets, insanity workout, iphone cases, mont blanc, iphone 6 plus cases, vans shoes, soccer shoes, mac cosmetics

ninest123 Ninest said...

wedding dresses, moncler, ugg, louis vuitton, ugg, moncler, canada goose jackets, canada goose uk, supra shoes, pandora jewelry, swarovski, ugg pas cher, sac louis vuitton, swarovski crystal, canada goose, barbour, ugg, converse shoes, toms shoes, louis vuitton uk, sac louis vuitton, sac lancel, links of london, juicy couture outlet, canada goose, rolex watches, hollister, pandora jewelry, canada goose, thomas sabo, canada goose outlet, moncler, moncler, barbour, pandora charms, montre homme, doke gabbana, louis vuitton, canada goose, ugg boots, moncler outlet, moncler, pandora charms, moncler, juicy couture, karen millen, marc jacobs, moncler, canada goose, coach outlet store online
ninest123 12.23

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes