Ini Mercedes-Benz Yang Akan Dipandu Bruce Wayne Dalam ‘Justice League’ Nanti

Di pagi hari, Bruce Wayne tidak akan memandu Batmobile miliknya. Beliau memerlukan kereta biasa tetapi unik untuk urusan harian. Pihak Mercedes-Benz menyediakan Bruce Wayne satu kereta yang sangat unik; AMG Vision Gran Turismo Concept khas untuk Justice League.




Bahagian dalaman kereta ini dibina khas hanya untuk untuk filem ini. “Sebagai seorang pereka, ianya satu penghargaan untuk dapat bersama-sama dalam projek ini dan menjadikan kereta konsep ini sebuah kereta yang sesuai untuk seorang superhero,” kata ketua bahagian rekaan Daimler, Gordon Wagener.


Amg Vision Gran Turismo ini adalah kereta konsep Mercedes-Benz yang mempunyai enjin V8 585hp yang diperbuat daripada aluminium dan karbon fiber. Ianya mempunyai pintu ikonik gullwing yang biasa kita lihat pada model Mercedes 300SL dan SLS AMG.


Kalau Tony Stark bawa Audi R8 dalam filem Iron Man, Bruce Wayne tak mahu kalau dengan model kereta yang awesome ini. Justice League akan berada di pawagam 17 November 2017.

Sumber : Vocket

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes