Pahang Siasat Penganugerahan Gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang Boy Iman

PEKAN 5 Okt. – Kerajaan negeri sedang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul­iman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman yang menjadi pertikaian terutama di media sosial ketika ini.


Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya kini membuat semakan sama ada penama berikut menerima atau tidak penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.
“Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.



“Jika benar gelaran tersebut diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman.
Beliau ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di sini hari ini.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.
Sumber: UtusanOnline

Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes