STRATOLAUNCH : KAPAL TERBANG TERBESAR DI DUNIA DILANCARKAN

Manusia sejak azali mempunyai kegilaan untuk mengejar status paling tinggi dan paling panjang. Rekod sentiasa bertukar ganti dan setiap kali ia berlaku, teknologi baru diperkenalkan. Stratolaunch ialah pemegang rekod sebagai pesawat dengan sayap paling panjang di dunia. Pesawat tubuh berkembar ini dibina bagi tujuan melancarkan satelit ke angkasa lepas.

Projek Stratolauch adalah buah fikiran Paul Allen, salah seorang pengasas Microsoft. Pesawat ini mempunyai sayap sepanjang 117 meter. Ia memecahkan rekod 70 tahun yang dipegang oleh Hughes H-4 Spruce Goose. Ruang kosong di antara dua tubuh berkembar Stratolauch digunakan untuk membawa roket. Roket ini dilepaskan di udara sebelum meneruskan perjalanan ke angkasa lepas bagi membawa pelbagai jenis kargo.

Pesawat aneh ini diperkasakan oleh enam enjin Pratt & Whitney yang digunakan pada pesawat Boeing 747-400, dilengkapi 28 tayar dan mampu membawa kargo sehingga 230,000 kilogram. Ia masih belum boleh beroperasi sepenuhnya dan dijangka akan memulakan ujian melancarkan roket pada tahun 2019.




Share this:

 
Copyright © [ wa23r ] Deviate Form The Norm. Designed by OddThemes & VineThemes